Daily Archives: 23 Oktober 2008

Harga Minyak Jatuh Lagi- USD69…Harga Di Malaysia Tetap


Salam Perjuangan…

Tahniah kepada pemimpin UMNO kerana mempunyai bakal presiden yang pandai mengawal kegawatan ekonomi daripada melanda kaum kerabat mereka.

Datuk Seri Najib menyatakan Malaysia tidak akan terjejas dengan kegawatan ekonomi dunia yang sedang menghantui pemimpin dunia termasuk pemimpin negara-negara kuasa besar.

WASHINGTON – WORLD leaders will gather Nov 15 in Washington for a summit to discuss the global economic crisis.

Harga minyak dunia hari ini jatuh lagi keparas USD69. Di Amerika Syarikat perbelanjaan pengguna susut ke paras terendah.

Singapura dijangka berhadapan dengan pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan bakal berhadapan dengan lebih banyak ketidaktentuan pada tahun depan, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong. Malahan export Singapura susut sebanyak 5.7%. Orang Melayu Singpura sudah pasti menerima kesan yang lebih buruk.

Di Malaysia syarikat ini dan ini memang tidak tidak terjejas kerana kedua-duanya adalah milik kroni UMNO. Mungkin kerana pemimpin UMNO sibuk menyembunyikan kes seperti ini sehingga lupa kepada masalah ekonomi.

Nampaknya hanya Malaysia dan Al-Qaeda yang tidak terjejas, sedangkan semua negara Asian mengakui menerima kesan daripada krisis ekonomi ini. Hebat Najib menipu rakyat. Yang selamat dan tidak terjejas hanyalah kaum kerabat mereka, rakyat yang terpaksa merana. – kerajaanrakyat.com / sabahdaily

Kebebasan Media Malaysia Merudum Lagi


Salam Perjuangan…

Kebebasan media di Malaysia jatuh merudum di mata antarabangsa apabila kedudukannya dalam Indeks Kebebasan Akhbar merosot lagi lapan anak tangga.

Daripada 173 negara yang ditinjau, Malaysia berada di tangga ke 132 berbanding 124 pada tahun lepas, demikian menurut organisasi pemantau kebebasan media, Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang berpangkalan di Paris hari ini.

Kedudukan baru ini meletakkan Malaysia lebih teruk berbanding tahap kebebasan di beberapa negara Afrika seperti Nigeria (di tangga 131) dan Cameroon (129) dan hanya baik sedikit berbanding Chad (133), Sudan (135) dan Bangladesh (136).

Tahun lalu, Malaysia merosot mendadak sebanyak 32 anak tangga berbanding kedudukan ke-92 pada 2006.

Menurut laporan RSF, kerajaan Malaysia menerima “kritikan menggunung” bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akibat mengenakan tindakan keras terhadap media, termasuk penulis blog.

Media utama selalunya terpaksa mengecilkan liputan atau mengabaikan banyak program parti pembangkang dan NGO, misalnya demonstrasi Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) tahun lepas dan mengarahkan media menghentikan perbahasan tentang status negara Islam Malaysia.

Kes-kes lain termasuklah pengharaman akhbar Tamil Makkal Osai, pengharaman nama Allah di mingguan Kristian The Herald dan penamatan kolum penulis berwibawa Zainah Anwar dan Amir Muhammad di New Straits Times.

Penulis blog juga tidak terlepas daripada mendapat ancaman saman dan tangkapan polis, lapor RSF.

Petugas media beberapa akhbar seperti Malaysia Nanban dan Guangming Daily turut diserang oleh penyokong parti kerajaan.

Laporan itu juga mendakwa, media-media arus perdana didapati dikawal kerajaan dan mengamalkan swa-saringan.

Negara-negara jiran menikmati kebebasan akhbar yang lebih baik – dengan Indonesia di tangga ke-111 dan Thailand (124).

Bagaimanapun indeks kebebasan Singapura lebih buruk daripada Malaysia di kedudukan 144.

RSF merupakan organisasi terkenal yang memantau kebebasan akhbar di seluruh dunia sejak 1985. – malaysiakini

Itulah Malaysiaku yang perintah oleh BN. Selagi mereka ini memerintah Malaysia, selagi itulah kebebasan media tidak dibenarkan. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya sesuatu pilihan raya di negara ini. Makin meluat dibuatnya BN menggunakan arus media perdana dalam memenanggi hati rakyat. Kena ubah kerajaan barulah ada kebebasan media.

Hukum Akaun Pelaburan Emas Di Bank Malaysia


Salam Perjuangan…

Soalan 1

Assalamualaikum UZAR, Saya nak kepastian dari UZAR mengenai masalah berikut:

Bagaimana pula pelaburan emas Kijang emas yang telah diperkenalkan oleh Maybank? Bagaimana cara selamat mengikut undang-undang Syariah untuk membeli dan melabur gold tersebut? Sila masuk ke maybank2u.com Terima kasih.

Akaun Pelaburan Emas di Maybank atau Public Bank – Pelaburan di Maybank jika mahu boleh dapatkan emasnya tapi di Public Bank tak pasti emasnya boleh dikeluarkan (Tiada yang sumber memastikan yang emas di PB boleh dikeluarkan). Jika mereka dagangkan hanya berdasarkan harga sahaja adakah ianya SAH disegi Islam?

Soalan 2

Saya telah membuat panggilan telefon (Public Bank customer service 1800883323) untuk mengetahui cara-cara urusniaga pelaburan akuan emas ini.

Dari maklumbalas yang diberikan ialah:

Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal.

Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual.

Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan.

Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan.

Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru diatas pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh kerajaan. Read the rest of this entry