Daily Archives: 28 Oktober 2008

Dr. Mahathir Tidak Setuju Mansuh Ekuiti Bumiputera


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan cadangan untuk memansuhkan syarat pemilikan ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam.

Menurut Mahathir ketika ini bukan masa yang sesuai untuk membuat sebarang perubahan.

“Saya fikir sekarang ini bukan masa yang sesuai untuk membuat sebarang perubahan. Dunia pun huru-hara lagi,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai yang meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat penyenaraian awam bagi memastikan ia terus berdaya saing.

Tegasnya, perkara tersebut perlu dibincang dalam mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) terlebih dahulu.

“Benda-benda macam ini patut bawa kepada BN, tak payah bincang di luar. Kalau kita isytihar orang akan mintak nanti,” katanya.

Ditanya adakah cadangan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera itu akan menggugat hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera, Mahathir berkata:

“Kita sering bercakap mengenai hak orang Melayu dan Bumiputera tapi sebenarnya orang bukan Melayu pun ada hak dia juga.

“Jika kita ambil hak orang Melayu, kita juga kena ambil hak yang bukan Melayu pun…ini yang jadi masalah.”

Jelasnya isu tersebut perlu dibincang secara rasional dan tidak boleh ditumpu kepada satu pihak sahaja. Read the rest of this entry

Omar Mokhtar, Singa Padang Pasir Digeruni Musuh


Salam Perjuangan…

Tokoh terbilang ini nama penuhnya Omar al-Mokhtar Muhammad Farhat Abridan Muhammad Mukmin Buhadimeh Abdullah bin Manaf Bin Muhsen bin Hasan bin Ikrimah bin al-Wataj Bin Sufyan bin Khaled bin al-Joshafi bin Toher Bin al-Arqa’ bin Sa’id bin Uwaidah bin al-Jareh bin Khofi bin Hisham Bin Manaf al-Kabir yang berketurunan sampai kepada bangsa Quraisy.

Omar dilahirkan di perkampungan Timur Jenzur di timur Libya bersempadan dengan Mesir pada 1858M. Beliau lahir dalam keadaan yatim piatu apabila kedua-dua ayah dan ibunya meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji.

Omar mendapat pendidikan awal di desanya sebelum melanjutkan di peringkat menengah di bandar al-Jaghbub kira-kira 500 kilometer dari ibu negara Libya, Tripoli.

Beliau menetap di situ selama lapan tahun untuk mendalami ilmu-ilmu agama di tangan para ulama tersohor seperti Imam Saiyid al-Mahdi as-sanusi tokoh ulama sufi tarekat as-Sanusiyyah. Beliau sempat belajar bahasa Arab, subjek-subjek yang berkaitan dengan Syariat Islamiah, ilmu-ilmu al-Quran dan menghafaznya dalam usia yang begitu muda.

Read the rest of this entry

Adun BN Rakam Tahniah Kejayaan Pakatan Kuasai 5 Negeri


Salam Perjuangan…

KOTA BHARU, 28 Okt – Selepas lebih tujuh bulan Pakatan Rakyat menguasai lima negeri, baru hari ini kedengaran ucapan tahniah dilafaz wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di atas kejayaan tersebut.

Dato’ Nozula Mat Diah (BN-Paloh) juga merakam ucapan serupa kepada PAS di Kelantan apabila berjaya mempertahankan kerajaan negeri sehingga memasuki tahun ke-18.

“Tahniahlah kepada PAS di Kelantan kerana kejayaan luar biasa mempertahankan kerajaan negeri sehingga memasuki tahun ke-18 sekarang.

“Tahniah sekali lagi dirakam kepada Pakatan Rakyat kerana berjaya menguasai lima negeri pada pilihan raya umum lalu,” katanya ketika membahas Bajet Kelantan 2009 pada persidangan Dun hari ini.

Pada ucapan yang sama beliau mencadangkan kerajaan negeri menaikkan jumlah elaun yang dibayar kepada Adun memandangkan ia tidak dikaji semula sejak 2002 lagi.

Katanya, elaun pokok yang diterima sekarang sebanyak RM3,600 tidak memadai untuk membantu rakyat miskin, lebih-lebih lagi apabila berlaku kematian.

“Usahkan mahu bantu rakyat, hendak bayar ansuran Harier (Toyota) pun tidak sepadan kalau dah pencen nanti. Cuba bayangkan sekarang dengan jumlah elaun sebanyak itu hendak bantu rakyat pun susah,” katanya.

Ketika ditanya Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman (PAS-Kemuning) adakah Adun Paloh tidak lagi keluar dewan ketika pihak kerajaan menggulung perbahasan, katanya ia belum tentu lagi.

Malah katanya, apabila elaun sudah bertambah tentunya banyak tempat hendak pergi sama ada minum teh di hotel atau tempat-tempat lain. Read the rest of this entry

Politiking Umno Johor Jejaskan Peluang Muhyiddin


Salam Perjuangan…

KINI, politik Umno Johor menjadi lebih berwarna-warni. Selama ini, cakap-cakap yang mengatakan hubungan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dengan Dato’ Abdul Ghani Othman, tidak mesra, seperti sudah kembali pulih tetapi, apa sudah jadi dengan Dato’ Seri Syed Hamid Albar dan Dato’ Shahrir Abdul Samad dengan Muhyiddin.

Hubungan mereka dilihat seperti ada yang tidak kena, jika dilihat kepada trend pencalonan yang dibuat baru-baru ini.

Corak pencalonan, dua bahagian ini, Kota Tinggi yang diketuai Syed Hamid dan Johor Bahru yang diketuai Shahrir menolak Muhyiddin sebagai calon Timbalan Presiden Umno. Belum ada mana-mana bahagian di Johor yang ‘enggan’ mencalonkan Muhyiddin, dimulai Johor Bahru, sekaligus seolah-olah mengesahkan hubungan antara Shahrir-Muhyiddin memang tegang sejak sekian lama.

Berbeza dengan bahagian Ledang yang diketuai Ghani, telah mencalonkan Muhyiddin walaupun banyak pihak, khususnya orang-orang yang rapat dengan Muhyiddin tidak mahu mempercayainya.

Satu sumber yang rapat dengan Muhyiddin memberitahu, Muhyiddin berjumpa sendiri dengan Ghani, meminta pencalonan dari bahagian Ledang.

Ternyata Ghani yang mengatakan dia tidak mempunyai masalah untuk membuat pencalonan itu, membuktikannya.

Terkini, bahagian Kota Tinggi pula mencalonkan Tan Sri Muhammad Muhd Taib sebagai Timbalan Presiden, sekaligus mengesahkan Syed Hamid tidak dapat menerima Muhyiddin, sama seperti Muhyiddin tidak dapat menerima Syed Hamid. Read the rest of this entry

Semakan Daftar Pemilih Terbaru Bermula


Salam Perjuangan…

Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi suku ketiga 2008 dipamerkan mulai hari ini hingga 3 Nov depan di 985 tempat seluruh negara selaras dengan Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Pegawai perhubungan awam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabri Said berkata ia akan dipamerkan di pejabat pilihanraya negeri, pejabat pos berkomputer, pejabat Kerajaan, pejabat daerah, pejabat tanah, majlis daerah atau perbandaran serta dewan serbaguna, rukun tetangga, balai raya dan balai penghulu.

“Sepanjang tempoh urusan pendaftaran pemilih Suku Tahun Ketiga di antara Julai hingga September tahun ini, SPR telah menerima 24,531 permohonan pemilih baru dan 6,200 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi.

“Sehubungan itu mana-mana warganegara Malaysia yang terlibat dalam kedua-dua permohonan tersebut diminta agar menyemak Rang Daftar Pemilih yang dipamerkan itu,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama hari ini.

Mana-mana individu yang mendapati nama mereka tidak tersenarai dalam daftar pemilih itu boleh membuat tuntutan menggunakan Borang B dalam tempoh tujuh hari dari tarikh daftar pemilih dipamerkan.

Pemilih yang ingin membuat bantahan atas kemasukan mana-mana nama pemilih bagi bahagian tertentu pula boleh berbuat demikian dengan menggunakan Borang C juga dalam tempoh tujuh hari.

Daftar itu juga mempamerkan nama-nama yang dikeluarkan daripada daftar pemilih atas sebab kematian, lucut hak warganegara, persaraan daripada Angkatan Tentera Malaysia atau Polis Diraja Malaysia dan sebagainya, katanya. Read the rest of this entry

Biarkan Parti Kuasai Semula Kerajaan


Salam Perjuangan…

Calon timbalan presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, konsep parti menguasai kerajaan perlu diamalkan semula untuk mengembalikan sokongan ahli Umno kepada parti itu.

Katanya, ahli-ahli Umno akar umbi merasa kecewa kerana banyak cadangan dan kehendaknya tidak dilaksanakan oleh parti dan rakyat akhirnya merasakan mereka tidak dapat menentukan dasar kerajaan.

Beliau berkata, mereka menyokong Umno seperti yang digambarkan melalui slogan, manifesto dan janji tetapi jika itu semua tidak dilaksanakan, ia akan menggugat parti dan BN dalam pilihanraya umum.

Katanya, sistem sekarang sebaliknya ditentukan oleh kerajaan dan Umno menurut apa yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Keadaan ini telah menyebabkan keyakinan ahli-ahli Umno kepada parti kurang kerana agenda dan manifesto parti tidak dilaksanakan secara berkesan.

“Keputusan parti perlu dilaksanakan dan jika ini dilakukan kita boleh menyelesaikan banyak masalah.

“Jika Barisan Nasional (BN) ingin meyakinkan semula orang Melayu konsep parti menguasai kerajaan perlu dilihat dengan serius,” kata ketua menteri Melaka, dalam temubual dengan Malaysiakini di ibu negara, Rabu lalu.

Mohd Ali, kini naib presiden Umno, menawarkan jawatan nombor dua dalam pemilihan Mac tahun depan susulan keputusan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mempertahankan jawatan presiden Umno. Read the rest of this entry

Kebebasan Media Di Malaysia Lebih Buruk Daripada Afrika


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Kedudukan tahap kebebasan media Malaysia yang semakin merudum membuktikan bahawa ia disebabkan oleh kerajaan Umno-BN sendiri.

Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar berkata keadaan tersebut berpunca daripada kerajaan sendiri yang membina imej buruk tersebut di mata dunia.

“Selama ini, mereka hanya pandai menuduh pembangkang yang menghasut negara luar dengan memberikan gambaran buruk tentang negara ini.

“Sekarang, kita dapat lihat sendiri penilaian negara luar terhadap negara kita. Sebenarnya ia menunjukkan kerajaanlah yang menjadi penyebab kepada imej negara yang buruk,” katanya kepada Harakahdaily.

Tegasnya, kerajaan Umno-BN seolah-olah masih tidak menginsafi tindakan rakyat menolak mereka dalam pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

“Sepatutnya mereka insaf dan memperbaiki kesalahan dan kesilapan mereka kepada media dan rakyat, bukan memburukkannya,” katanya lagi.

Ahli Parlimen Pokok sena itu berkata, tindakan kerajaan yang gagal menangani isu ekonomi dunia yang memberi kesan kepada negara juga turut ditutup daripada mata rakyat dan dunia dengan menggunakan media.

“Malangnya, dengan kecanggihan telekomunikasi dan jaringan maklumat tanpa sempadan rakyat kini semakin bijak menggunakan kemudahan yang kian luas di laman-laman web,” katanya menjelaskan keresahan rakyat selepas tekanan kerajaan sehingga beralih kepada media alternatif. Read the rest of this entry

Lapangan Terbang Sultan Mahmud Tidak Ikut Spesifikasi?


Salam Perjuangan…

Cita-cita untuk membuktikan tidak ada pembangunan yang tidak pernah dilihat sebelum ini di Terengganu menurut kehendak bekas Menteri Besarnya, Dato’ Seri Idris Jusoh mungkin sudah menjadi kenyataan bukan berbentuk positif tetapi sebaliknya.

Ini termasuk Pembangunan Taman Tamaddun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, Pulau Duyong dan terbaru Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud Kuala Terengganu.

Pualu Wan Man dan Pulau Duyong menjadi tapak pelaksanaan projek menghabiskan (membazir) duit rakyat untuk keuntungan kroni Perdana Menteri Dato’ Seri Adullah Ahmad Badawi tidak kurang dari RM7 bilion sejak empat tahun lalu.

Projek pembesaran lapangan terbang Sultan Mahmud sekali gus untuk menaik taraf kepada lapangan terbang antarbangsa, satu lagi projek dikatakan bermasalah dari segi struktur dan spesifikasinya.

Menurut satu sumber difahamkan ia dikendalikan oleh sebuah jabatan kerajaan di peringkat pusat kerana projek berkenaan di bawah kerajaan pusat.

Ia dikatakan tidak mengikut speksifikasi sebuah lapangan terbang antarabangsa dan pembinaannya didakwa hanya sekadar untuk kelihatan cantik semata-mata.

Dipercayai struktur bumbung bermasalah apabila didakwa ia sentiasa bocor ketika hujan lebat. Manakala struktur tiang yang besar dan terlalu banyak tidak memenuhi spesifikasi sebagai sebuah lapangan terbang. Read the rest of this entry

Debat Ketua Pemuda : Talian Hayat Khairy


Salam Perjuangan…

Apa motif disebalik cadangan Debat Terbuka oleh Khairy Menantu Pak Lah? Mengapa hanya kini, beliau cuba bersifat terbuka memberi peluang kepada calon-calon KP UMNO Malaysia berdebat di kaca-kaca TV? Mengapa hanya setelah beliau ketinggalan dibelakang Dato Mukhriz mahupun Dato Khir Toyo, barulah beliau tergesa-gesa menguar-uarkan ide ini?

Apa jaminan bahawa Tv3 atau mana-mana saluran TV di bawah kawalan beliau secara tidak langsung akan tidak mempromosikan Khairy Menantu Pak Lah ini secara berlebih-lebihan?

Kita lihat bagaimana TV3 begitu berminat dengan setiap pencalonan Khairy Menantu Pak Lah, dimana setiap pencalonan yang beliau raih akan dicanangkan seluruh negara!

Kita lihat bagaimana Tv3 menjadikan tajuk beliau melepasi kuota pencalonan sebagai bahan berita UTAMA, lagaknya seperti beliau telah memenangi jawatan Presiden UMNO tanpa bertanding?

Apa jaminan bahawa Tv3 tidak akan mengedit dan menyiarkan seduatan-sedutan debat terbuka tersebut berukang kali untuk menunjukkan betapa hebatnya Khairy Menantu Pak Lah ini.

Sesungguhnya Khairy Menantu Pak Lah ini sedang berada di dalam keadaan yang terdesak. Segala usaha kotor beliau telah lakukan, tetapi pencalonan yang diraih tidak seperti yang diharapkan.

Beliau kini bukan sahaja berada dibelakang Dato Mukhriz Mahatjir, malahan tertinggal dibelakang Dato Seri Khir Toyo.

Khairy Menantu Pak Lah melihat Debat Terbuka sebagai Talian Hayat beliau untuk mencari sokongan dan dengan pihak media siap sedia untuk menghambakan diri kepada beliau, debat Terbuka merupakan ruang paling baik bagi si Oppurtunis anak didik Anwar Ibrahim ini (kita tidak lupa bagaimana beliau bersusah payah menjadi penghatar passport di malam yang gelap demi Anwar).

Sesungguhnya, tindakan Mukhriz menolak cadangan debat terbuka Khairy Menantu Pak Lah ini merupakan tindakan bijak dan tepat, tidak termasuk ke dalam perangkap Khairy Menantu Pak Lah.

Sorry It Is Too Late , Khairy!..anda sepatutnya memberi ruang yang seluas-luasnya kepada pesaing anda sejak dari dahulu lagi..bukan hanya bila anda berada di dalam keadaan TERDESAK… http://www.mykmutara.net

UMNO – Barang Tiruan Yang Tidak Tahan Lama


Salam Perjuangan…

Kita orang Melayu sudah patut membuat persediaan berpolitik tanpa kekuasaan UMNO dalam jangka masa yang terdekat ini.

Mahu tidak mahu kita wajib menerima hakikat yang UMNO sudah sampai kepenghujung hayatnya dan ramai berpendapat UMNO akan akhirnya mati dalam era pentadbiran Najib dan Muhyiddin jika mereka ini benar-benar akan menjadi pemimpin kita Mac ini.

Orang tua tua selalu bercakap “kalau nak makan apa-apa pun sekaranglah masanya, kerana jika kita dah mati kita tak akan dapat lagi makan-makan seperti ini”.

Begitulah dalam UMNO ini, jika kita nak puas berpolitik dalam UMNO sekaranglah masanya. Kalau nak ambil kesempatan untuk membolot segala kepunyaan kami itu, bolotlah sekarang, sebab UMNO akan ditalkinkan dalam pilihanraya yang akan datang.

Secara moralnya UMNO memang sudah tiada lagi; yang ada hanylah sebuah parti yang menggunakan nama keramat UMNO itu yang sedang menempa sejarah kehancuran dalam keadaan hina sekalai.

UMNO yang sebenarnya tidak seperti apa yang kita lihat sekarang ini. Betullah kata ramai pemimpoin veteran yang sudah pergi berkata, “barang tiruan memang tidak tahan lama.”

Bagi mereka UMNO ini adalah UMNO tiruan. Dalam UMNO asal, ahli yang pertamanya ialah Onn Jaafar bukannya Dr Mahathir Mohammed.

Sejarahpun sudah diubahnya, dan janganlah kita marahkan Singapura memulakan sejarahnya dari tahun 1819 semasa Sir Stamford Raffles menemui Singapura.

UMNO yang ‘ori’ itu pendaftarannya ialah pada tahun 1946 tetapi UMNO tiruan ini pendaftarannya ialah Februari 1988 sahaja. Read the rest of this entry