Daily Archives: 30 Oktober 2008

Pondok Buruk Berubah Bentuk


Salam Perjuangan…

Sumber : http://drmaza.com/home

Kes Anwar, Altantuya Jadi Tumpuan Esok


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR : Kes berprofil tinggi yang melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes pembunuhan wanita Mongloia Altantuya Shaariibuu akan menjadi tumpuan esok.

Bagi kes pembunuhan Altantuya, Mahkamah Tinggi Shah Alam akan menjadi perhatian orang ramai dan media apabila Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin menyampaikan keputusannya dalam kes pembunuhan tersebut.

Keputusan Mohd Zaki bukan sahaja menjadi debaran kepada tiga tertuduh, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar (keduaduanya anggota Unit Tindakan Khas, UTK) dan penganalisis politik tanah air Abdul Razak Abdullah Baginda malahan kepada para pemerhati politik dan orang ramai.

Kes berprofil tinggi ini mencetuskan pelbagai spekulasi sehinggakan nama seorang pemimpin negara pernah dikaitkan dan menyaksikan babakbabak yang mengejutkan pada sepanjang prosiding.

Kes pembunuhan Altantuya di mana mayatnya dilupus menggunakan bahan letupan di Puncak Alam berlarutan hampir dua tahun dan pihak pendakwaan akhirnya menutup kes pada 23 Jun lepas. Read the rest of this entry

UMNO : Usia Tua Tapi Belum Matang


Salam Perjuangan…

Tertarik dengan artikel yang di tulis oleh Kopitiam di dalam blognya berkaitan cadangan KJ untuk mengadakan debat di antara mereka yang bertanding. Berikut adalah artikel yang di maksudkan :

Semalam akhbar Sinar Harian menyiarkan beberapa tajuk yang menarik untuk dibaca. Kisah debat untuk calun yang hendak bertanding…. Antara tajuk2nya ialah UMNO belum matang untuk berdebat: Mustapa dan Orang Melayu belum bersedia: Tun. Kedua2nya negatif sekali.

Umno ditubuhkan pada tahun 1946 dan sehingga kini usianya sudah menjangkau 62 tahun. Kalu umat Nabi Muhammad SAW….umur 62 tahun tu dah nak sampai masanya lah tu… Kalau yang bernasib baik macam Tun pun…dah mula sakit sana sakit sini…pelupa dan sebagainya. UMNO? 62 tahun masih belum matang menurut Mustapha….Bila nak bersedia? 100 tahun…200 tahun?

Sementara Tun pulak mengatakan Orang Melayu belum bersedia. Teman percaya bukan orang melayu yang belum bersedia tetapi anak dia yang tak bersedia….Cuba anak dia tu pandai…mesti on punya. Jangan nak temberanglah Che Det…Nampak sangatlah orang tua ni mengutamakan anaknya dari survival melayu sendiri…Umno tu jadi alat dia aje…jangan tak tau.. Read the rest of this entry

KJ Hanyalah Tin Kosong


Salam Perjuangan…

Tin Kosong ni kalau bergolek dari tempat tinggi bunyinya hebat berdentung denting melompat sana sini, tangkas dan bingkas tapi sayang tak der isi… Kosong … tak bleh pakai.

Itulah ibarat dan perumpamaannya untuk KJ. KJ pun sedar perkara ini tapi dia saja saja jer timbulkan isu ni. Sebab dia pun tahu teknik DIRECT N RULE. Kalau pun DMM setuju secara dasar untuk berdebat akan ada pihak lain pula yang menghalang. Khairy pula akan tersenyum dibelakang dia pun pun tahu hal ni. Sebab teknik FORCE DIRECT n RULE menang berkesimpulan begitu, rendang merendang tapi buah tak jadi pun.

Jadi nak bagi jadi isu nak bagi orang kata dia HERO SEJATI Khairy menggunakan teknik ini bersama TV3. Kalau pun debat itu benar-benar berlaku, KJ layak ker jadi KETUA PEMUDA?

Cuba kita toleh ke belakang sewaktu DMM bersuara menyatakan hasrat untuk menjadi Ketua PEMUDA. Hasratnya dinyatakan dengan Padu dan Gagah kita dapat rasakan serinya. KJ pula berselindung dibalik kata-kata.

Bila mesyuarat diadakan satu demi satu pencalunan diterima DMM yang bukan diminta dicalonkan. Bbagaimana pula dengan KJ. Memerhati membisu dengan rasa penuh debaran. Akhir sekali kouta KJ dapat dipenuhi. Read the rest of this entry