Daily Archives: 27 Oktober 2008

Mesyuarat Umno Kota Tinggi Kecoh


Salam Perjuangan…

Persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Tinggi hari ini tegang seketika apabila beberapa ahli mendesak mesyuarat ditangguhkan kerana tidak bersetuju dengan pemilihan Timbalan Pengerusi Tetap Sarwani Sain mempengerusikan persidangan.

Pertelingkahan timbul apabila beberapa perwakilan termasuk Naib Ketua bahagian Mohd Zain Ariff mahu Pengerusi Tetap, Mohamadon Abu Bakar yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno baru-baru ini, dibenarkan mempengerusikan persidangan itu.

Setiausaha Umno Bahagian Rosleli Jahari, bagaimanapun, menjelaskan surat yang diterimanya dari Setiausaha Kerja Umno Brig Jen (B) Datuk Husainay Hashim pada 23 Oktober lalu, menjelaskan kedudukan Mohamadon dan bekas naib ketua Pemuda Umno bahagian A. Malik Daeng Rahman, sebagai tidak layak untuk menghadiri persidangan hari ini.

Menurut laporan Bernama, penjelasan Rosleli dan surat itu yang diedarkan kepada para perwakilan gagal meredakan pertelingkahan antara kedua-dua pihak, sehingga menyebabkan campurtangan Ketua Umno Bahagian Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Syed Hamid berkata semua pihak hendaklah menghormati keputusan Lembaga Disiplin Umno dan menggunakan saluran serta kaedah sedia ada untuk menyuarakan bantahan.

“Jikalau setiap daripada kita mula menjadi peguam dan mentafsirkan peraturan dan undang-undang secara sendiri, kita tidak akan ke mana-mana. Hormatilah keputusan Lembaga Disiplin. Jikalau tidak bersetuju, bawalah ke Ibu Pejabat Umno,” katanya. Read the rest of this entry

Umno Berpenyakit Kerana Masalah Dalaman – Dr Hamzah


Salam Perjuangan…

RAUB 27 Okt – Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dr hamzah Jaafar berkata, Umno kini berada dalam keadaan tidak sihat akibat masalah dalaman parti itu sehingga dilabel oleh veteran parti itu sendiri sebagai sakit tua.

Malah ada di antara pemimpin parti itu secara sinis mengatakan jawatan-jawatan di dalam parti itu sepatutnya diberi kepada pembida tertinggi.

“Begitulah parahnya Umno sekarang ini dan kenyataan bekas pemimpin parti itu menunjukkan rasa kecewa mereka terhadap isu dalam parti itu,” katanya.

Dr Hamzah menghadiri majlis meraikan Yang Dipertua PAS Kawasan Raub, Tengku Puji Abdul Hamid yang akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 8 November ini serta sambutan Aidilfitri di Markas PAS Dong, dekat sini.

Hamzah berkata, pelan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara masih berjalan walaupun tanpa disebutkan bila masanya.

“Pelan peralihan kuasa Pakatan Rakyat terus berjalan walaupun tanpa tarikh,” ujarnya.

Katanya seribu kemungkinan peralihan kuasa boleh berlaku secara mengejut dan tidak disangka oleh semua termasuk anggota Pakatan Rakyat. Read the rest of this entry

Tempoh Bukan Penentu Elak Politik Wang


Salam Perjuangan…

IPOH : Pemilihan Umno semua peringkat yang ketika ini dilakukan setiap tiga tahun sekali perlu dpinda bagi mengawal politik wang daripada berleluasa, kata Pengerusi Perhubungan Umno Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali.

Beliau berkata untuk itu, kaedah pemilihan seperti yang pernah diamalkan dahulu di mana pemilihan peringkat cawangan diadakan pada setiap tahun, pemilihan peringkat bahagian diadakan dua tahun sekali manakala peringkat Majlis Tertinggi (MT) setiap tiga tahun sekali, wajar dilaksanakan semula.

Bekas Menteri Besar Perak itu berkata melalui kaedah pemilihan sedemikian, calon-calon yang berhasrat bertanding dalam pemilihan parti perlu bergantung kepada keupayaannya untuk berinteraksi dengan anggota parti di peringkat akar umbi serta aktiviti yang dilaksanakan di peringkat tersebut.

“Sama ada kita menghadapi pilihan raya atau tidak, pemilihan di cawangan, bahagian dan MT mesti diteruskan. Kalau ini berlaku saya rasa dia akan mengurangkan tohmahan, bukan semua yang bertanding itu menggunakan wang… hanya segelintir sahaja,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Deepavali Pengerusi MIC Perak Datuk G. Rajoo di sini hari ini.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebelum ini turut mengemukakan cadangan serupa bagi membolehkan anggota parti di peringkat akar umbi bergerak lebih aktif berbanding sekarang yang disifatnya sebagai lesu.

Sementara itu, Tajol Rosli menolak desasdesus terkini yang mengaitkan peningkatan jumlah pencalonan daripada Perak yang diterima Mohd Ali untuk jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti Mac ini disebabkan Umno Perak agak kecewa apabila Bahagian Pagoh tidak memberikan pencalonan kepada wakil Perak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi bertanding Naib Presiden. Read the rest of this entry

Najib: Mengugut Melalui SMS Tidak Sepatutnya Berlaku


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR : Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan perbuatan berkempen menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan merupakan budaya tidak sihat yang tidak sepatutnya berlaku.

“Kita mesti menunjukkan bahawa kita mengamalkan demokrasi yang sihat dalam negara,” katanya sambil menegaskan perbuatan seumpama itu tidak seharusnya dilakukan oleh sesiapa jua.

Beliau mengulas insiden Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang juga Ketua Umno Bahagian Johor Baharu Datuk Shahrir Abdul Samad yang baru-baru ini menerima lebih 10 SMS berbaur ugutan agar mencalonkan gandingan pemimpin tertentu bagi jawatan tertinggi pada pemilihan Umno Mac depan.

“Saya tidak tahu siapa yang menghantar SMS seperti itu tapi perbuatan seperti mengugut melalui SMS ini membawa satu budaya yang buruk yang tak patut dilakukan oleh sesiapa sekalipun,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka MIC sempena sambutan Hari Deepavali di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata apa yang dilalui oleh Shahrir yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, perlu diberi perhatian dan Lembaga Disiplin parti perlu mengambil tindakan sewajarnya.

“Malangnya Lembaga ini tidak mempunyai prasarana untuk mengendalikan kes-kes sebegini secara berkesan, (oleh itu) sebaik mungkin bagi Umno menggalakkan sistem anti-rasuah oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebab parti kita belum nampak mampu tangani gejala ini,” katanya yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno. Read the rest of this entry

Idris Jusoh Bertanggungjawab Bazirkan RM7 Bilion Wang Negeri


Salam Perjuangan…

KUALA TERENGGANU, 27 Okt – Bekas Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh didakwa antara orang yang bertanggungjawab mengakibatkan kira-kira lebih RM7 bilion wang yang sepatutnya dibelanjakan untuk rakyat negeri Terengganu disalahgunakan untuk projek mewah termasuk Taman Tamaddun Islam (TTI) dan Monsoon Cup.

Difahamkan perbelanjaan tersebut menyebabkan Kerajaan Terengganu kekeringan wang untuk dibelanjakan bagi kepentingan negeri tersebut sehingga hari ini.

Berikutan itu Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut mendakwa bekas menteri besar itu sebagai pengkhianat kepada rakyat dan negeri Terengganu.

Beliau membuat dakwaan itu ketika berucap di Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu baru-baru ini. Idris yang juga Adun Jerteh dikatakan tidak mencelah untuk menafikan dakwaan Haji Mohd Abdul Wahid dalam persidangan tersebut.

Difahamkan juga pegawai-pegawai kerajaan negeri Terengganu terpaksa berulang alik ke Putrajaya bagi membincangkan urusan kewangan negeri Terenganu.

Sebelum ini Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyerahkan wang royalti petroleum dan gas kepada kerajaan negeri itu dalam bulan September lalu tetapi sehingga hari ini wang tersebut belum diserahkan secara rasmi.

Haji Mohd Abdul Wahid yang juga Bendahari Perhubungan PAS Terengganu ketika berucap di satu majlis ceramah di Kuala Terengganu baru-baru ini mendakwa, Idris antara pemimpin Umno Terengganu yang bertanggungjawab mengeringkan kantong kerajaan negeri untuk projek pusat. Read the rest of this entry

Pengharaman Hindraf Perlihatkan Ketidakmatangan Kerajaan BN


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Keputusan kerajaan mengharamkan Hindraf jelas memperlihatkan ketidakmatangan pemimpin Umno dan BN dalam menangani ketidakpuasan hati serta tuntutan rakyat khususnya daripada keturunan India yang beragama Hindu itu.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi menegaskan, terbukti model Kerajaan Islam Hadhari yang dibangga-banggakan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi gagal menterjemahkan prinsip serta nilai sebenar ketamaddunan pemerintahan Islam khususnya ketika menghadapi isu berkaitan perbezaan agama rakyat negara ini yang terkenal sebagai masyarakat “multi racial” dan “multi religious”.

Tambahnya, Islam Hadhari yang dicanang kerajaan itu bukan sahaja satu fahaman yang songsang terhadap Islam sebagai cara hidup (Deenul Hayah), tetapi telah memberikan imej buruk terhadap Islam dan mencemarkan kemuliaan serta semangat sejagat Islam.

Jelas Aiman Athirah dalam kenyataannya kepada Harakah, adalah suatu yang sangat malang apabila kerajaan lebih cenderung mengambil langkah berkonfrontasi dengan rakyat sendiri seperti yang berlaku pada 23 Oktober lalu.

Jelasnya, insiden penahanan 11 orang individu termasuk seorang kanak-kanak berusia 6 tahun yang menggelarkan diri mereka sebagai “Kumpulan Prihatin Kaum India” amat memalukan apabila penahanan tersebut dibuat di hadapan pintu masuk bangunan pejabat Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya ketika mereka hadir ke situ bagi menghantar sepucuk surat rayuan bagi pembebasan lima orang tahanan ISA Hindraf bersempena ketibaan Deepavali.

“Kerajaan BN konsisten dilihat tidak berusaha bahkan mengelak daripada membuka ruang perbincangan secara teratur, terarah dan bertanggungjawab bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan Hindraf.

“Sehingga kini, kita tidak melihat keseriusan Kerajaan BN bagi duduk berbincang dan mendengar luahan hati rakyat yang dahagakan keadilan serta perhatian daripada pihak pemerintah,” katanya. Read the rest of this entry

Najib Akan Kekal Dasar Pak Lah Selepas Perubahan Kepimpinan


Salam Perjuangan…

lambat pulak rasanya nak jadi PM ni

lambat pulak rasanya nak jadi PM ni

IPOH : Datuk Seri Najib Tun Razak yang setakat ini telah menerima 101 pencalonan bagi jawatan Presiden Umno, berazam untuk terus mengekalkan hubungan baik dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas perubahan kepimpinan pada Mac tahun depan.

“Saya akan jaga perasaan antara sesama kami. Saya akan jaga perasaan Pak Lah kerana saya hendak hubungan saya dengan Pak Lah berterusan.

“… kerana setiap daripada kita tetap boleh mainkan peranan untuk tentukan masa depan kita. Sebab menjelang Mac nanti bukan perubahan kerajaan (yang berlaku) cuma perubahan kepimpinan, kami masih lagi dalam satu keluarga,” kata Timbalan Perdana Menteri semasa berucap pada majlis Jamuan Aidilfitri Bersama Rakyat Perak anjuran Umno Perak di sini Ahad malam, seperti yang dipetik dari Bernama.

Najib berkata beliau juga akan meneruskan perkara-perkara baik yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri.

“Daripada segi pengisisan tidak akan ada yang berubah, mana yang baik yang dibuat oleh Pak Lah saya tetap akan teruskan,” katanya.

Beliau berkata Misi Nasional, Islam Hadhari dan Koridor Pembangunan akan dikekal dan diteruskan kerana Misi Nasional amat baik, Islam Hadhari amat tepat dan Pembangunan Koridor pembangunan jangka panjang yang baik.

Ujar Najib lagi, beliau hanya akan melakukan perubahan bagi tujuan penambahbaikan iaitu dengan membuat sesuatu perubahan yang akan membawa kepada sesuatu yang lebih baik daripada dahulu.

Katanya dalam konteks nasional, tidak ada yang akan berubah.

“Sehari dua ini disebut tentang kontrak sosial, Perlembagaan Negara, dan juga peruntukan 153 yang menentukan hak keistimewaan. Read the rest of this entry

Pemisahan Politik Melayu Semakin Kabur


Salam Perjuangan…

[BERIKUT adalah temu ramah yang saya berikan kepada wartawan Harakah, Saudara IRWAN MUHAMMAD ZAIN. Ia disiarkan dalam sisipan Fikrah akhbar Harakah keluaran 17-19 Oktober lalu dengan tajuk “Perangkap Politik Melayu”. Saya ucapkan terima kasih kepada Harakah kerana membenarkan saya menyiarkannya semula dalam blog ini.]

ORANG Melayu jauh ketinggalan dari pelbagai segi dan ini dikatakan berpunca daripada sikap pemimpin dan orang Melayu sendiri, juga bagaimana bentuk mereka berpolitik.

Ketua Pengarang Berita Publishing yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP), Datuk Abdul Kadir Jasin sudi berkongsi pandangan dengan pembaca Harakah berhubung perkara ini, 10 Oktober lalu. Ikuti wawancara IRWAN MUHAMMAD ZAIN bersama beliau.

HARAKAH: Selepas 20 tahun, jawatan Presiden Umno akan dipertandingkan. Boleh Dato’ beri komen mengenai pertandingan jawatan utama Umno kali ini?

KADIR: Kita belum boleh membuat kesimpulan akan ada pertandingan. Setakat ini ada penawaran diri oleh dua tokoh iaitu Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dan Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Sama ada akan berlaku pertandingan yang sebenarnya kita terpaksa tunggu sehingga bahagian-bahagian Umno habis bersidang. Atau mungkin, dalam tempoh itu mungkin Tengku Razaleigh atau sesiapa saja yang berfikir untuk bertanding jawatan itu mungkin mereka menimbang semula dan menarik diri.

Jika berlaku pertandingan adakah ini akan memberikan kesan kepada Umno?

Saya rasa, khasnya selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu, ramai ahli-ahli Umno yang mahu ada pertandingan iaitu mereka mahu diberi peluang untuk memilih pemimpin Umno daripada peringkat paling rendah ke peringkat paling atas. Sebab sebelum ini jawatan presiden dan timbalan presiden itu sekadar disahkan tanpa pertandingan. Read the rest of this entry

Mukhriz Hanya Menang Sorak


Salam Perjuangan…

APABILA Dr Mahathir Mohamad menggesa ahli-ahli Umno menyingkirkan penyokong Abdullah Ahmad Badawi daripada parti itu, sasaran utamanya adalah Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Mahathir bukan ahli Umno, sama ada beliau masuk Umno atau berada di luar Umno, keadaan tidak akan berubah. Mahathir tidak ‘menyalak’ untuk kepentingan dirinya, yang jelas beliau bekerja keras untuk membantu anaknya, Mukhriz.

Walaupun Mukhriz mendahului jauh dalam pencalonan Ketua Pemuda Umno, Mahathir sedar bahawa pencalonan sebesar itu tidak semestinya diterjemah dalam bentuk undi.

Khairy dalam interbiunya di akhbar The Sun mengakui sebelum bapa mertuanya berundur beliau adalah calon ‘favourite’ tetapi selepas Abdullah mengumumkan pengunduran beliau sudah menjadi ‘calon underdog.’

Mahathir tahu budaya Umno. Beliau mengakui, walaupun menerima pencalonan dua pertiga dalam tahun 1987 untuk jawatan Presiden Umno, beliau hanya menang tips 43 undi mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah.

Justeru sudah tentu Mahathir takut igauan buruknya berulang kepada anaknya dalam pemilihan jawatan Ketua Pemuda.

Mukhriz bukannya calon terbaik untuk menerajui Pemuda Umno. Beliau tidak mempunyai karisma atau keterampilan. Sebelum ini pun beliau tidak aktif berpolitik. Yang aktif, abangnya Mokhzani, bekas Bendahari Pemuda Umno.

Mukhriz menerima pencalonan besar dari pemuda bahagian hanya kerana ‘hate politic’ – politik kebencian, pihak tertentu dalam Umno terhadap Abdullah dan anak menantunya. Read the rest of this entry

Kelantan Bentang ‘Bajet Berimbang’ Utamakan Golongan Dhaif


Salam Perjuangan…

KOTA BHARU, 26 Okt – Ketika ekonomi dunia merudum dengan kejatuhan luar biasa institusi kewangan di peringkat global, kerajaan Kelantan masih mampu membentang anggaran belanjawan 2009 yang bertema ‘Bajet Berimbang’.

Bajet tersebut memberi tumpuan kepada penjanaan ekonomi secara berterusan untuk semua rakyat, pembinaan ihsan berteraskan Islam dan pembelaan golongan dhaif.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan negeri memantapkan lagi dasar berjimat cermat dengan perbelanjaan berhemah.

Selain itu, mengembeling usaha untuk meningkatkan hasil melalui pemantapan jentera kutipan hasil dan penguatkuasaan yang tegas dan berkesan, memantapkan jentera pentadbiran, meneruskan pendekatan pentadbiran menyeluruh.

“Meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri yang stabil dan berdaya maju dengan memberi tumpuan kepada program-program kesejahteraan dan kemakmuran rakyat serta meningkat penyertaan rakyat dalam program-program peningkatan kualiti hidup.

“Dalam bajet 2009 kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM26.50 juta bagi menyediakan kemudahan infrastruktur asas kepada rakyat,” katanya pada pembentangan Bajet 2009, di persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Teks ucapan belanjawan itu dibaca Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Dato’ Husam yang mengambil masa hampir sejam. Read the rest of this entry