Daily Archives: 18 Oktober 2008

Khairi Dulu Calon Pilihan Sekarang Serpihan


Salam Perjuangan…

Akhbar Utusan 15 Okt. 2008 melaporkan, calon Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menganggap dirinya kini hanya seorang calon underdog atau calon bukan pilihan untuk merebut jawatan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, berdasarkan perkembangan pencalonan semasa, semua pihak pastinya tahu siapa yang menjadi calon pilihan masa kini.

1. Kesian saya pada menantu bakal bekas PM Malaysia yang dipaksa turun takhta sebelum masa. Pemimpin Umno buat kepada pak lah macam wali mujbir paksa anak kahwin. Ini fenomena biasa dalam Umno.

2. Sekarang baru Khairi sedar siapa dirinya apabila kuasa tidak ada. Ahli Umno hanya hormat pada mereka yang boleh beri projek, dollar dan sen. Sekarang perwakilan sudah tahu kamu bakal kehilangan taring dan bakal menjadi singa tua yang tidak bergusi.

3. Perwakilan Umno dia pilih pemimpin bukan berdasarkan idealisme perjuangan yang boleh meneruskan agenda negara dan rakyat. Mereka menaikkan seorang pemimpin apabila boleh kenyangkan temolok dan perut masing-masing. Kebetulan kapal Khairi bakal karam maka bertempiaran pakat cari kapal lain.

4. Kapal yang pengikut Khairi lari untuk tumpang pun bakal tak tahan lama juga, bukankah mazhab Umno ini satu sahaja iaitu rebut benda. Mana tahan hendak pelihara pengikut dengan benda, bukit belacan pun kurus. Akan datang mereka akan marah pula pada individu yang sanggup lawan Khairi. Tentu kita ingat sewaktu Tun Dr Mahathir hentam Pak Lah semua pakat sinsing lengan untuk pertahan Pak Lah dan kutuk Tun Dr Mahathir, apa bahasa yang tidak mereka gelar kepada mantan Presiden Umno. Waktu itu Pak Lah berkuasa lagi dan gagah, sekarang sudah hilang pengaruh. Read the rest of this entry

Wanita Umno Pula Baling Kerusi


Salam Perjuangan…

KUALA SELANGOR : Semalam Persidangan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang.

Hari ini Persidangan Wanita Umno Bahagian Kuala Selangor kecoh dengan insiden baling kerusi dan tindakan keluar dewan oleh beberapa perwakilan cawangan.

Kedua-dua insiden itu berpunca daripada bantahan mereka terhadap tindakan Pengerusi Tetap Wanita Umno Kuala Selangor, Zaini Khalid yang tidak memberi peluang kepada perwakilan terbabit untuk mencadangkan 10 nama perwakilan cawangan untuk menghadiri mesyuarat bahagian itu esok.

Laporan Bernama menyebut, pihak media juga dihalang daripada masuk ke dalam dewan mesyuarat untuk mengikuti proses pengundian.

Bahagian itu mencalonkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk bertanding jawatan Ketua Wanita Umno dan Datuk Kamilia Ibrahim sebagai naibnya pada pemilihan parti, Mac depan.

Bagi jawatan ketua wanita bahagian, penyandangnya Datin Paduka Mesrah Selamat mengekalkan jawatannya apabila menewaskan Ketua wanita Umno cawangan Pekan Kuala Selangor Datuk Dr Zahrah Abdul Kadir.

Daripada 253 perwakilan yang mengundi, Mesrah memperoleh 146 undi manakala Zahrah 105 undi sementara dua undi rosak.

Mesyuarat itu dirasmikan oleh Ketua Umno Bahagian Kuala Selangor, Datuk Amiruddin Setro.

Semalam, Persidangan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang hari ini kecoh apabila sekumpulan individu bertindak agresif dengan menjerit dan melaungkan rasa tidak puas hati bagi membantah jumlah perwakilan yang didakwa tidak sah.

Suasana kecoh itu bermula pada 9.30 pagi apabila mesyuarat berkenaan bermula di Sekolah Kebangsaan Seri Kiambang dan berikutan keadaan itu berlarutan selama sejam, Polis Daerah Pasir Mas terpaksa menggunakan Unit Tindakan Ringan Antirusuhan untuk mententeramkan keadaan.

Suasana tegang itu berlaku apabila Pengerusi Tetap mesyuarat berkenaan Nordin Ibrahim mengumumkan seramai 461 perwakilan daripada 144 cawangan layak mengundi. mStar

‘Tahan Khairy Di Bawah ISA’


Salam Perjuangan…

Seorang perwakilan Pemuda MCA menggesa pihak berkuasa supaya menahan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana membuat kenyataan yang berbaur perkauman.

Beliau juga mahu ISA turut dikenakan ke atas pemimpin Umno Pulau Pinang, Datuk Ahmad Ismail yang mencetuskan kontroversi sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru kerana menganggap kaum Cina menumpang di Malaysia.

Perwakilan dari Perak itu, Ting Tai Fong (kanan) membuat gesaan tersebut sewaktu perbahasan di perhimpunan Pemuda MCA di ibupejabat parti itu di ibunegara hari ini. Khairy adalah antara tetamu di majlis perasmiannya.

Ting membidas Khairy, yang juga menantu perdana menteri, berhubung kenyataannya mengenai nisbah kuota biasiswa untuk bumiputera dan bukan bumiputera.

Katanya, kenyataan itu bukan sahaja dibiarkan oleh kepimpinan Umno tetapi juga telah mendorong Ahmad untuk membuat kenyataan yang senada dengannya.

Ting berkata, ISA tidak sepatutnya digunakan terhadap orang awam seperti yang telah dilakukan bulan lalu.

“Jika kita mahu menggunakan ISA, gunakan ISA terhadap orang-orang ini terlebih dahulu […] Saya juga percaya Khairy,
pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini akan kalah teruk dalam pemilihan Umno yang akan datang,” katanya disambut tepukan gemuruh para perwakilan.

Perwakilan dari Perak itu menegaskan bahawa kaum Cina bukan rakyat kelas dua atau hamba di negara ini.

Ting turut membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menuduh beliau seorang pembohong kerana terus menerus mendakwa beliau mempunyai sokongan untuk menubuhkan kerajaan. malaysiakini

Reformasi Umno Menjelang PAU 09, ‘Signal’ Salah Dari Ahli Parti


Salam Perjuangan…

Suara-suara perubahan dalam Umno menjadi semakin kuat

BAGI kebanyakan pendokong Umno, Pilihanraya Umum 8 Mac yang lalu adalah tragedi, sementara Pilihanraya Kecil Permatang Pauh selepasnya pula adalah pengesahan kepada tragedi tersebut.

Maka tersentaklah Umno, di sana-sini riuh ahli-ahli Umno dari yang tinggi kepada yang rendah bercakap soal perubahan, Umno perlu berubah, sefaham mereka inilah signal yang ditunjuk oleh rakyat dalam kedua-dua pilihanraya tersebut.

Sementelah lagi, Barisan Nasional yang diterajui Umno berada dalam keadaan paling lemah sejak penubuhannya ini menyaksikan pula munculnya ramai “Lee Kim Sai” baru dari kalangan parti komponennya, maka suara-suara perubahan dalam Umno menjadi semakin kuat.

Lalu atas nama perubahan Abdullah Ahmad Badawi si Presiden parti merangkap Perdana Menteri yang dilihat semakin hilang kawalan dipaksa berundur awal (tuduhannya Abdullahlah yang berjasa besar atas prestasi dan kemelut terburuk Barisan Nasional ini).

Tersenyum lebarlah Najib Tun Razak, sudah hampir pasti dia akan bergelar Presiden parti dan Perdana Menteri Mac ini, Tengku Razaleigh Hamzah akan terus kekal menjadi gurkha Umno paling setia. Suara perwakilan suara keramat, kata Najib, inilah perubahan!

Berlumba-lumbalah pula orang seperti Muhammad Muhd Taib dan Ali Rustam menawarkan diri untuk menjadi Timbalan Presiden parti, kononnya inilah kehendak akar-umbi Umno yang mahukan perubahan. Read the rest of this entry