Daily Archives: 7 Oktober 2008

Semoga Berjaya Kepada Khairy – Dr M


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, mereka yang bercita-cita hendak bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti itu 2004 lalu “menerima panggilan telefon dari ahli keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan penyokong-penyokong lain yang berpengaruh supaya jangan melakukan apa-apa” yang menjejaskan keinginan menantunya, Khairy Jamaluddin untuk memenangi jawatan tersebut tanpa bertanding.

Dr Mahathir seterusnya mendakwa, pada pemilihan itu, Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga memberi amaran kepada mereka yang berkemungkinan akan dicalonkan ke jawatan itu supaya jangan bertanding kerana jawatan itu dikhaskan untuk menantu Perdana Menteri.

Akhirnya, Khairy yang disebut oleh Dr Mahathir sebagai tidak mempunyai sebarang rekod prestasi memenangi jawatan itu.

Untuk pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda Umno kali ini, dengan nada sinis yang dilihat menjadi kebiasaannya, bekas Presiden Umno itu menyatakan beliau begitu sedih dengan nasib Khairy yang mendakwa kononnya beliau dihalang dari menemui ahli-ahli Pemuda.

“Saya menasihatkan beliau supaya tidak merasa kecewa. Terdapat begitu banyak cara untuk mempengaruhi Pemuda selain bertemu mereka.

“Saya tidak akan menyebutkan satu persatu kerana beliau akan tahu menggunakan cara-cara lain itu,” Dr Mahathir meneruskan nada sinisnya sambil menyatakan Khairy akan menang dengan mudah walaupun anaknya, Datuk Mukhriz juga akan bertanding sebagai Ketua Pemuda.

Read the rest of this entry

Kelantan : 500 Bantahan Mesyuarat Cawangan


Salam Perjuangan…

Jawatankuasa Pemantau Umno Kelantan menerima lebih 500 bantahan mengenai perjalanan mesyuarat Umno cawangan di seluruh negeri itu.

Setiausaha jawatankuasa itu, Mirza Askary Abdul Wahab berkata, antara bantahan itu ialah mesyuarat yang diadakan tidak mempunyai notis, mesyuarat tidak cukup korum, pindaan persidangan tanpa pengetahuan dan anggota tidak menandatangani senarai kehadiran.

“Kami menganggap bantahan ini sebagai perkara biasa dan boleh diselesaikan sebelum mesyuarat peringkat bahagian bermula Khamis ini,” katanya.

Menurut laporan Bernama, Mirza Askary berkata cawangan-cawangan yang terlibat adalah dalam bahagian Rantau Panjang, Kubang Kerian, Kota Baharu, Kuala Krai, Pengkalan Chepa dan Pasir Puteh.

Pengerusi Veteran Umno Kelantan Datuk Rozali Isohak pula melahirkan rasa kecewa dengan peranan jawatankuasa itu yang disifatkan sebagai gagal menjalankan tugas untuk menentukan perjalanan mesyuarat cawangan berjalan dengan lancar dan teratur.

“Apa yang kita lihat sekarang jelas menampakkan jawatankuasa pemantau tidak menjalankan tanggungjawab dengan profesional sebagaimana digariskan dalam perlembagaan,” katanya. malayisakini

[Begitulah kecelaruan yang berlaku dikalangan pimpinan cawangan atau bahagian Umno di Kelantan. Jangankan jawatankuasa pemantau, ahli cawangan pun melatah pun sekali setahun jer. Kalau tak, tak der ler. Khabar dari sahabat-sahabat yang berada dalam Umno, sebelum ni sudah ada kumpulan-kumpulan yang nak jatuhkan orang ni, nak naikkan orang ni. Sepertimana yang berlaku dalam satu bahagian di Kelantan, malas nak sebut, mereka ni pakat “cah keting” masing-masing. Ketua Pemuda “cah keting” ketua bahagian, ketua bahagian “cah keting” ketua pemuda, dan lain-lain pihak yang bermusuhan dalam parti. Kalau diberi projek baru demo ni bersatu semula, tu pun tok dan lama.]

Krisis Ekonomi Tuntut Ubah Kerajaan BN Kepada Pakatan Rakyat


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Negara kini sedang menghadapi stagflasi yakni kos sara hidup rakyat yang lebih tinggi dengan kadar inflasi yang memuncak.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar berkata, apa yang berlaku sekarang ini menuntut penstrukturan semula kepimpinan negara yang memberi kesan kepada dasar kewangan negara.

“Apa yang berlaku sekarang adalah staglasi yakni turut merangkumi masalah inflasi yang menghimpit rakyat, namun apa yang berlaku menunjukkan bahawa rakyat kini memerlukan penstrukturan semula politik negara,” katanya kepada Harakahdaily.

Untuk itu beliau menyarankan agar Umno-BN agar turun secara terhormat daripada tampuk kepimpinan negara bagi memberikan laluan kepada Pakatan Rakyat memulihkan ekonomi negara yang semakin parah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena juga menjelaskan bahawa perkembangan ekonomi semasa membimbangkan masyarakat antarabangsa.

“Ia sekali gus menunjukkan bahawa pelabur-pelabur asing telah hilang keyakinan kepada Amerika Syarikat dan sebenarnya negara-negara dunia tidak lagi meletakkan kebergantungan kepada Amerika khususnya dalam nilai pertukaran mata wang,” ujarnya.

Malah katanya, urusan jual beli tidak perlu bergantung kepada nilai dolar AS lagi. Read the rest of this entry

Mahkamah Tolak Bantahan Awal Pendakwa Pohon Pindah Kes Liwat Anwar


Salam Perjuangan…

PETALING JAYA : Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang bersidang sejak pagi ini menolak bantahan awal pihak pendakwaan dalam isu permohonan memindahkan kes liwat Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.

Pihak Pendakwa mengemukakan bantahan awal bahawa Mahkamah Sesyen tidak mempunyai kuasa untuk mendengar bantahan awal pihak pembelaan dalam soal permohonan memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun Hakim S. M. Komathy Suppiah berkata, beliau ada kuasa untuk mendengar bantahan awal dibangkitkan pihak pembela.

Kata beliau, Mahkamah Sesyen mempunyai budi bicara untuk memerintahkan pemindahan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

Hakim itu juga berkata bahawa Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa untuk menentukan kesahihan sijil yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Komathy membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan membantah pemindahan itu, mempersoalkan kesahihan sijil yang ditandatangani oleh Abdul Gani yang sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Pihak pendakwaan berhujah bahawa Abdul Gani, selaku Peguam Negara, bertanggungjawab menandatangani sijil itu mengikut prosedur pentadbiran.

Anwar membuat laporan polis terhadap Abdul Gani atas dakwaan memalsukan keterangan dalam insiden “mata hitam” Anwar pada 1998.

Read the rest of this entry

Pak Lah – Bertanding Atau Tidak


Salam Perjuangan…

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan membuat pengummuman pada hari khamis ini samada beliau akan bertanding ataupun tidak untuk mempertahankan jawatan Presiden Umno Malaysia.

Keputusan Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden dianggap petanda perdana menteri tidak akan bertanding presiden Mac depan.

Zahid berkata beliau menawarkan diri berdasarkan telahan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil alih jawatan presiden Umno.

Ali Rustam juga berseida untuk bertanding dalam jawatan timbalan presiden parti jika terdapat kekosongan.

Bagi pemerhati politik,mereka melihat perkembangan ini sebagai petanda bahawa Abdullah akan mengumumkan sebelum 9 Oktober ini – tarikh bahagian mula bersidang – tidak akan mempertahankan jawatan presiden.

Ini kerana kedua-dua ‘orang besar’ yang sudah pasti mengetahui perkembangan terkini yang berlaku dalam UMNO dan Kerajaan Malaysia.

Sebanyak 191 bahagian Umno akan bersidang selama sebulan sehingga 9 November depan untuk memilih kepimpinan di peringkat bahagian serta membuat pencalonan untuk jawatan tertinggi parti.Setiap bahagian akan menghantar 13 perwakiilan – enam terdiri daripada pemegang jawatan utama bahagian yang turut dikenali sebagai G6.Manakala tujuh lagi akan dipilih dalam mesyuarat bahagian, yang juga dikenali sebagai G7 tidak akan bertanding.

Read the rest of this entry

Pelik : Biarpun Ditahan ISA, Namun Perbicaraan Kes Hasutan Raja Petra Tetap Dijalankan !!


Salam Perjuangan…

Sejarah tercipta, biarpun beliau kini ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) nama Perbicaraan terhadap penulis blog Raja Petra Kamarudin atas Akta Hasutan tetap dijalankan juga. Bagai satu “dendam” yang mendalam, walhal beliau kini sudah ditahan ISA, maka sepatutnya kes beliau itu digugurkan. Namun, inilah Malaysia tanahairku. Apa saja boleh jadi. Beliau dituduh menghasut, walhal “mungkin” juga apa yang dilaporkan oleh beliau selama ini ada kebenarannya. Mengapakah ada undang-undang “berat sebelah” yang dikenakan oleh sebahagian rakyat Malaysia hari ini. Sepatutnya laporan polis dan akuan sumpah yang selama ini dikemukakan itu disiasat oleh pihak polis. Namun, begitu mudah sahaja ia dibuang seperti “sampah”. Sebaliknya pelapor pula yang dikenakan tindakan atas berbagai akta yang diwujudkan khas untuk mempertahankan sesuatu yang ternyata menjadi “persoalan” dikalangan rakyat marhaen.

Kenapa kes hasutan ini mahu dibicarakan? Sedangkan kes-kes terbaru tentang artikel yang dikatakan menghina Islam dan Nabi, beliau terus dihumbankan ke Kem Kemunting?. Sepatutnya semua kesnya itu dibicarakan, jika mereka benar-benar “anak jantan”. Ini tidak, ada kes berbeza-beza pula tindakan. Bukankah ini adalah sebahagian daripada “dendam kesumat” yang kian membara. Maka itu, kita sendiri merasa tidak yakin untuk Raja Petra menang dalam perbicaraan kes hasutannya ini. Mana mungkin beliau menang, sedangkan dalam masa yang sama beliau masih ditahan ISA. Sungguh pelik, hairan bin ajaib bukan?. Selama ini kita jarang mendengar tahanan ISA boleh dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan. Namun kini. Raja Petra membuka lembaran baru, kerana menghadapi tindakan yang “double standard” daripada pihak kerajaan gara-gara kes yang sama iaitu artikel yang terdapat dalam blognya Malaysia Today.

Read the rest of this entry

Eksklusif : Politik Wang Adalah “Darah Daging” UMNO Sejak Dulu, Kini Dan Selamanya !!


Salam Perjuangan…

Nampaknya isu pencalonan bagi merebut jawatan tertinggi dalam parti karat UMNO semakin panas dan mendebarkan. Biarpun PM Pak Lah Badawi belum mengumumkan hasratnya, sama ada untuk mempertahankan jawatan atau mengundur diri dalam pemilihan parti itu Mac 2009 nanti. Semua ini bakal terjawab dalam sehari dua lagi. Segala keputusan dilihat bakal “menjerumuskan” UMNO ke lembah “kehancuran”. Perebutan jawatan, pergeseran sesama pemimpin baik di peringkat tertinggi mahupun akar umbi akan berlaku dalam masa terdekat ini.

Biarpun, berbagai amaran diberikan supaya setiap ahli tidak mengamalkan politik wang. Namun, apa yang boleh dilakukan oleh mereka yang ingin dicalonkan selain “merasuah” para pengundi agar memilih mereka. Bukankah “rasuah wang” itu sendiri sudah menjadi “darah daging” dalam UMNO sejak “dulu, kini dan selamanya”. Maka itu, usahlah mereka cuba dan berangan untuk menang dengan “air liur” semata-mata. Wang sudah menjadi “pertaruhan” puak-puak UMNO karat ini sejak sekian lama. Bahkan “jutaan wang ringgit” ditaburkan kepada rakyat setiap kali menjelang pilihanraya, apatah lagi jika ia melibatkan pilihanraya kecil disesuatu kawasan.

Semua ini, sudah tidak dapat dinafikan lagi. Mahu tidak mahu, itulah senjata “berapi” yang selayaknya digunakan. Cuma, setinggi mana nilainya maka setinggi itulah juga undi yang bakal mereka perolehi. Tidak usahlah mereka bercita-cita untuk memperbetulkan keadaan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa puak-puak UMNO ini hanya layak berkuasa dengan adanya “wang”. Jika mereka tiada wang, dan tidak merasuah pengundi dalam setiap kali pilihanraya mana mungkin mereka boleh menang. Tanyalah mana-mana pemimpin UMNO, baik diperingkat negeri, bahagian mahupun cawangan. Jadi, kesimpulannya usahlah mereka membuat sandiwara lawak pula kononnya inginkan pemimpin yang bersih dari “politik wang”. Bak kata pengikut “jahil UMNO”, jika tiada wang mana boleh menjadi pemimpin UMNO dan berpolitik. Sekadar jadi ahli biasalah, bahkan tiada harapan untuk naik pangkat langsung. Tetapi jika ada “fulus” maka semuanya boleh jadi. Itulah dasar “haprak” puak-puak karat ini sejak mutakhir ini.

Read the rest of this entry