Daily Archives: 16 Oktober 2008

PAS Semakin Yakin Anwar Mampu Bentuk Kerajaan


Salam Perjuangan…

Semua khilaf dan salah faham sudah diselesaikan

'Semua khilaf dan salah faham' sudah diselesaikan

Kota Bharu : Parti Islam SeMalaysia (PAS) nampaknya mula ‘beralih angin’ dan semakin yakin terhadap ‘projek 16 September’ ketua pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menurut satu laporan laman berita dalam talian.

Ini kerana pucuk pimpinan PAS telah bersetuju untuk menghantar lima pemimpin berprofil tingginya menyertai mesyuarat pembentukan kerajaan baru dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP), kata laporan Malaysiakini semalam.

Keputusan biro politik PAS minggu lalu itu direstui mesyuarat jawatankuasa pusat parti tersebut bersama ahli-ahli parlimennya kelmarin.

Selain Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pemimpin kanan yang diberi mandat mengetuai delegasi parti itu termasuk timbalannya, Nasharudin Mat Isa; dua naib presidennya, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu; serta Setiausaha Agungnya, Datuk Kamarudin Jaffar.
Nasharudin pernah dikritik kerana berunding dengan Umno tetapi tidak pernah dilaporkan terlibat dalam rundingan dengan gabungan tiga parti pembangkang itu, Pakatan Rakyat (PR). Mohamad pula pernah meragui rancangan Datuk Seri Anwar.

Sebelum ini, semasa mengulas rancangan Datuk Seri Anwar mahu mengambil alih kerajaan Malaysia pada 16 September lalu dan kemungkinan beliau dilantik perdana menteri di bawah kerajaan PR, Datuk Seri Abdul Hadi berkata beliau enggan menjadi ‘ahli politik Mat Jenin’.

Rundingan dengan Pakatan Rakyat sebelum ini dikuasai golongan prokerjasama PAS dengan pakatan pembangkang itu, seperti Datuk Husam, Kamaruddin, ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, dan bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli. Read the rest of this entry

28 Ditahan, Halang Kg Plentong Tengah Diroboh


Salam Perjuangan…

Seramai 28 orang termasuk pemimpin PAS ditangkap polis di Kampung Baru Plentong Tengah, Johor Bahru kerana cuba menghalang tindakanmerobohkan kawasan setinggan tersebut.

Menurut setiausaha jawatankuasa bertindak penduduk, Taslim Nani, semua yang ditahan termasuk dua wanita dibawa ke balai polis Johor Jaya.

Mereka ditangkap sewaktu mengadakan benteng manusia di jalan masuk ke kampung itu dengan memegang tangan antara satu sama lain.

Kira-kira 500 penduduk membantah usaha perobohan itu.

Taslim, yang kini masih ditahan, memberitahu Malaysiakini, ahli jawatankuasa badan perhubungan PAS Johor Syed Othman Syed Abdullah turut dibawa ke balai polis berkenaan.

Menurutnya lagi, pengerusi jawatankuasa itu Sameon Abdullah pengsan sewaktu ditahan.

Bagaimanapun butiran lengkap kejadian ini masih belum jelas.

Pemaju kawasan itu Bukit Lenang Sdn Bhd merobohkan perkampungan itu selepas mendapat perintah mahkamah.

Menurut presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hassan Karim, yang juga bertindak sebagai peguam kumpulan penduduk itu, rundingan sedang dibuat antara penduduk dengan pemaju tersebut dan 291 buah dijangka tidak akan dirobohkan.

Tambahnya, beberapa rumah yang dirobohkan, setakat ini, tidak berpenghuni. Read the rest of this entry

Surat Terbuka Untuk YB Dato’ Paduka Ibrahim Ali


Salam Perjuangan…

Assalamualaikum.

Kepada Yang Berhormat Dato’ Paduka Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas.

Pertamanya, tahniah saya ucapkan kepada YB Dato’ kerana telah memenangi kerusi parlimen bagi kawasan Pasir Mas di dalam pilihan raya umum yang lepas. Ucapan ini walaupun mungkin agak terlewat tapi saya rasakan masih relevan khususnya di dalam keadaan YB Dato’ pada hari ini yang saya kira semakin ditonjolkan oleh media massa setelah tenggelam agak lama selama ini.

Yang Berhormat Dato’, saya merupakan salah seorang pengundi di dalam parlimen Pasir Mas yang telah mengundi YB Dato’ di dalam pilihan raya yang lepas. Di dalam parti, saya merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS di dalam kawasan parlimen YB Dato’. Sayalah yang diamanahkan sebagai pengerusi di dalam majlis memperkenalkan calon di dalam pilihan raya umum yang lepas di Mini Stadium Pasir Mas. Semoga Allah mengampuni kesilapan saya apabila saya mengatakan YB Dato’ sebagai wira rakyat. Demi Allah, saya tidak berkata demikian kecuali hanyalah kerana mahukan kemenangan YB Dato’ yang bertanding di atas tiket parti kami. Read the rest of this entry

Jika Benarlah Dakwaan Syed Hamid, Maka Umno Wajar Diharamkan


Salam Perjuangan…

Umno wajib diharamkan, demikian kesimpulan yang boleh dibuat apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini mengharamkan Hindraf.

Apa kaitan Hindraf dengan Umno? Kenapa penulis berkata demikian, walhal berdasarkan keahlian, ibarat langit dengan bumi antara kedua-dua pertubuhan ini. Belum lagi, dasar perjuangan dan ideologi yang didukungi oleh Umno dan Hindraf.

Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Syed Hamid Albar sebagaimana dilaporkan Bernama (sumber berita sahih) pada 15 Oktober lalu telah mengisytiharkan Hindu Rights Actions Force (Hindraf) adalah sebuah pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang.

Menurutnya, pengisytiharan itu diwartakan berkuatkuasa hari tersebut setelah berpuas hati dengan segala fakta dan bukti bahawa Hindraf telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak, katanya dalam satu kenyataan.

“Berdasarkan kuasa di bawah Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335), diisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Beliau berkata perintah itu dibuat hasil pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri mengenai kegiatan-kegiatan pertubuhan tersebut yang telah dijalankan sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang.

Hasil siasatan mendapati pertubuhan itu bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan boleh memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai-nilai moral di Malaysia. Read the rest of this entry

Buluhmas, Noradz, Jazmeen : Apa Cerita ?


Salam Perjuangan…

Saya rasa sudah berpuluh-puluh malah hampir beratus orang bertanya kepada saya berkenaan hukum perniagaan Buluh MAS, Noradz Travel dan yang sepertinya. Mereka bertanya melalui ruangan komentar, sms, email, shout box dan pelbagai medium lain.

Walaupun sebenarnya saya ada meninjau ringkas web perniagaan berkenaan namun saya masih belum terpanggil untuk memberikan sebarang komen dan ulasan berkenaan hukumnya. Malah saya juga tidak membacanya secara serius dan sekadar menyelak web mereka beberapa minit sahaja. Ini kerana saya sedang menunggu ‘lampu hijau’ dari pihak berwajib.

Akhirnya, hari ini keputusan saya untuk ‘belum mengulas’ sampai kepada apa yang saya tunggu-tunggu, iaitu respon daripada Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia.

Walaupun respon mereka belum MENYATAKAN SYARIKAT YANG TERBABIT DIANGGAP BERSALAH atau TIDAK BERSALAH, namun ia cukup baik kerana siasatan sedang dijalankan, justeru kebajikan seluruh peserta-pesertanya kemungkinan besar lebih terjamin, atau ‘wang peserta’ mungkin juga akan hangus jika aset semua syarikat dibeku oleh BNM tanpa sebarang pampasan, apapun ia bergantung kepada keputusan siasatan. Read the rest of this entry

Moga Kestabilan Negara, Ketenteraman Rakyat Tidak Terjejas


Salam Perjuangan…

PAS mengikuti dengan penuh teliti perkembangan terbaru yang melibatkan Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia.

Walau bagaimanapun PAS menganggap bahawa keputusan Presiden Umno Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno dalam Perhimpunan Agung Umno Mac depan lebih sebagai suatu masalah dalaman bagi parti tersebut.

Saya berharap agar dalam tempuh peralihan ini Perdana Menteri akan berjaya melakasanakan inisiatif-inisiatif memperkukuhkan institusi negara yang sedang diusahaknnya itu iaitu menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang diberi mandat dalam pelantikan hakim, membentangkan rang undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di Parlimen dan menubuhkan Suruhanjaya Aduan Khas bagi memperkukuhkan integriti dan keberkesanan agensi penguatkuasaan.

Di samping itu, inisiatif untuk memperluaskan jaringan keselamatan sosial agar rakyat yang miskin dapat dibantu juga ditunggu-tunggu.

Sekurang-kurangnya dengan terlaksananya inisiatif-inisiatif ini beliau akan berjaya meninggalkan jasa yang boleh dikenang oleh rakyat dan negara dan tidak membiarkan masalah-masalah ini berlarutan sehingga diwarisi pula oleh sesiapa juga pewarisnya nanti.

PAS berharap agar proses peralihan kuasa ini akan berjalan dalam suasana yang baik dan lancar tanpa menjejaskan kestabilan negara dan ketenteraman rakyat.

Presiden
Parti Islam Se Malaysia (PAS)

Krisis Ekonomi Global Tanda Gagal Sistem Kapitalis


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan krisis ekonomi global sebagai tanda kegagalan sistem kapitalis yang selama ini didewa-dewakan oleh negara Barat.

Kesan dari krisis ekonomi global ini, kata Ustaz Hadi memaksa negara seperti Amerika Syarikat mengeluarkan dana yang besar untuk membantu syarikat yang hampir muflis.

“Amerika Syarikat begitu angkuh sebelum ini hingga sanggup menyerang negara lain semata-mata untuk kepentingan ekonomi mereka,” kata beliau.

Beliau turut menegaskan sistem ekonomi kapitalis yang lebih mementingkan keuntungan kepada satu pihak menyebabkan banyak syarikat kewangan yang muflis.

Mengambil contoh kegagalan Bank Bumiputera yang kini hanya tinggal nama akibat mengamalkan riba untuk mendapatkan keuntungan yang berlebihan.

“Pinjaman yang banyak dikeluarkan kerana mahu mengaut riba yang tinggi, akibatnya ramai peminjam yang gagal membuat pembayaran dan akhirnya bank yang mengalami kerugian,” kata Ustaz Hadi.

Berucap di Dewan Rakyat ketika sesi perbahasan pembentangan belanjawan 2009, Ustaz Hadi turut mengkritik pengagihan ekonomi yang tidak sama rata dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata BN lebih menumpukan pembangunan dari segi ekonomi dan infrastruktur di neger-negeri tertentu berbanding negeri di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak.

Dari segi infrastruktur kata beliau, Sabah dan Sarawak jauh lebih ketinggalan berbanding Semenanjung biarpun BN sudah memerintah lebih dari 50 tahun. Read the rest of this entry

Najib Akan Rombak ‘Besi Berkarat’ Dalam Kabinet Abdullah


Salam Perjuangan…

APA sebab Presiden Umno, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ahli-Ahli MT memutuskan untuk menangguhkan pemilihan Umno, dari Disember 2008 ke Mac 2009, tiada siapa yang tahu.

Ketika banyak pihak yang mendakwa, ia suatu usaha untuk melewat-lewatkan tarikh pengunduran Abdullah, dari Disember ke Mac, ada juga yang membuat telahan, Abdullah tentunya mempunyai strategi sendiri yang sukar dibaca.

Namun, apapun strategi yang Abdullah susun, semuanya sudah dilihat tidak menjadi. Ketika beliau menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tahun 2003, apa sahaja yang dipegangnya, ‘menjadi emas’ hinggakan kemenangan BN dalam Pilihan Raya Umum 11, 21 Mac 2004 mengejutkan banyak pihak.

Khabarnya yang paling terkejut dengan kemenangan besar itu ialah Dr Mahathir.

Ketika itu, kejayaan Abdullah itu dianggap mampu memadamkan rekod kejayaan yang sudah dibuat oleh Dr Mahathir.

Tidak hairanlah kalau banyak benda yang Abdullah ‘batalkan’ rancangan Dr Mahathir, yang menyebabkan bekas Perdana Menteri itu, menyerangnya.

Yang penting, Abdullah sudah berjanji, beliau tidak akan melepasi bulan Mac untuk duduk terus sebagai Perdana Menteri, mentelah enggan mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno.

Dua suara anak muda yang menyatakan tidak bersetuju dengan penangguhan itu ialah Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Exco Pemuda, Dato’ Mukhriz Dr Mahathir. Read the rest of this entry

ISA Terhadap RPK Untuk Lindungi Kebobrokan Najib


SUNGAI BULOH, 15 Sept – Penggunaan ISA terhadap pengendali laman blog Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin dianggap sebagai langkah menyekat ‘kemaraan’ blogger tersebut mendedahkan lebih banyak lagi kebobrokan pimpinan negara, khususnya berkaitan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Isteri Raja Petra, Marina Lee Abdullah, berkata penahanan suaminya itu semata-mata menyekat Raja Petra berterusan menulis mengenai kepincangan Najib, khususnya menjelang peralihan kuasa tahun depan.

“Malah, dakwaan yang dikenakan terhadap beliau, sama seperti yang didakwa bawah Akta Hasutan sebelum ini. Kes itu masih dalam perbicaraan, tetapi sudah dikenakan ISA. Sebenarnya, penahanan itu bertujuan menyekat Raja Petra menulis,” kata beliau ketika ditemui di kediamannya, di Sungai Buloh, hari ini.

Rasa terasing sambut Syawal

Kali pertama menyambut Syawal tanpa Raja Petra di sisi, Marina merasai sedikit keterasingan, khususnya untuk mengunjungi rumah terbuka rakan-rakannya kerana kebiasaannya akan ditemani Raja Petra.

Cerita Marina lagi, beliau akan berasa sedih apabila bertemu rakan-rakan dan menikmati hidangan istimewa, sedangkan terkenang hidangan yang dinikmati suaminya di Kemta.

“Baru-baru ini, akhbar arus perdana menyiarkan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Syed Hamid Albar yang menyatakan Raja Petra diberi makanan istimewa. Makanan istimewa apa? Roti dengan kaya dan margerin, telur dan biskut. Itu yang dia kata istimewa? ” soal Marina. Read the rest of this entry

Mudaratkan Negara, Hindraf Diharam


Salam Perjuangan…

PETALING JAYA : Kerajaan mengisytiharkan kumpulan Hindraf, yang menjadi perhatian sejak pertengahan tahun lalu, sebagai sebuah pertubuhan haram.

Kerajaan mengumumkan keputusan itu sehari selepas tiga pemimpin kumpulan tersebut diambil keterangan mengenai tindakan kira-kira 300 penyokongnya menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan anggota Kabinet di PWTC 1 Oktober lalu dan didakwa menimbulkan kekecohan.

Pengisytiharan itu diwartakan berkuat kuasa hari ini setelah berpuas hati dengan segala fakta dan bukti bahawa Hindraf telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan.

“Berdasarkan kuasa di bawah Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966, diisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang,” kata Syed Hamid Albar. Penyelaras pusatnya R. Thanenthiran ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengeluarkan reaksi rasmi esok selepas melihat teks kenyataan Kementerian Dalam Negeri sepenuhnya.

“Kami hanya akan mengulas esok. Biar kami melihat kenyataan keputusan (diharamkan) terlebih dahulu.

“Kami tidak mahu mengatakan sesuatu terlebih dahulu tetapi diubah kemudian oleh pihak yang sudah kehilangan kepercayaan rakyat,” kata beliau.

Hindraf dibentuk dengan keanggotaan kira-kira 30 pertubuhan bukan kerajaan agama Hindu dan telah mengadakan perhimpunan di ibu negara pada 25 November lalu untuk menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Tinggi Britain.

Bagaimanapun perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa. Read the rest of this entry