Daily Archives: 8 Oktober 2008

Peralihan Kuasa : Sah, Pak Lah Akhirnya Umumkan Tidak Pertahankan Jawatan Presiden UMNO !!


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesahkan tidak akan mempertahankan kerusi Presiden Umno Mac depan, sekali gus dijangka membuka luas gelanggang persaingan pemilihan parti kali ini.Dalam pada itu, Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pula akan membuat pengumuman lusa sama ada bertanding jawatan Timbalan Presiden. Dengan keputusan Abdullah, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sudah pasti akan dicalonkan merebut jawatan Presiden.

Malam tadi, bekas Naib Presiden Umno dan Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah memberitahu wartawan di Kuantan bahawa beliau bersedia untuk bertanding jawatan Presiden jika dicalonkan. Abdullah membuat pengumuman itu selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Dato’ Onn sebentar tadi.

Abdullah mengetuai Umno sejak Oktobet 2003 selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad melepaskan jawatan Perdana Menteri. Beliau, Presiden Umno yang keenam menang tanpa dicabar pada pemilihan 2004. Mesyuarat Dewan Tertinggi BN bermula pukul 3.45 petang dan berlangsung lebih sejam. Persidangan perwakilan bahagian Umno bermula esok. Pendirian itu selari dengan pelan peralihan kuasa antara beliau dengan timbalannya, Datuk Seri Mohd, Najib Tun Razak.

Terdahulu, Menara Dato’ Onn yang menempatkan Ibu Pejabat Umno menjadi tumpuan dengan kawasan pekarangan premis itu sudah sesak dengan orang ramai yang menanti pendirian Abdullah. Penyokong-penyokong Abdullah berkumpul di pekarangan Menara Dato’ Onn dengan membawa sepanduk tertera mesej “Hormati Peralihan Kuasa, Elakkan Perpecahan Lagi” sambil melaungkan “Hidup Pak Lah”.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak tiba pukul 3.25 petang. Abdullah tiba 10 minit kemudian untuk mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN, yang disusuli dengan laungan “Hidup Pak Lah” dan “Pak Lah Presiden, Najib Timbalan”. Abdullah akan memperjelaskan pemimpin komponen BN tentang pelan peralihan kuasa beliau dengan Najib.

[Dengan keputusan ini maka peluang semakin terbuka luas untuk ramai pemimpin UMNO bertanding baik jawatan Presiden mahupun Timbalan Presiden. Maka nampaknya, semakin panaslah kem UMNO ini gara-gara kenyataan PM tersebut. Namun, sebenarnya ada satu rahsia besar yang bakal kami dedahkan tentang perkara ini. Mana mungkin Pak Lah lepaskan jawatan sebegitu mudah. Apa akan jadi kepada Khairy dengan keputusan mertuanya itu? ] – pahangdaily

[Eloklah kalau macam tu, dok dekat rumah lagi baik. Jaga cucu-cucu yang dah ler. Buat ibadah banyak-banyak untuk bekal hari kemudian. Kalau lagi lama memerintah lagi jahanam negara ini dibuatnya. Pada pandangan saya, jalan untuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk memerintah Malaysia dalam masa terdekat ini agak sukar sekiranya Najib mengambil alih. Jadi DSAI mestilah mencari jalan yang lebih cepat sebelum peralihan kuasa berlaku.]

Rumah Terbuka Aidil-Fitri PAS Kelantan 1429H


Salam Perjuangan…

ihsan dari : kelatekito

Apa Sikap Abdullah : Bertempur Atau Berundur?


Salam Perjuangan…

Hari ini Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dijadualkan membuat pengumuman mengenai kedudukannya sama ada beliau akan bertanding mempertahankan jawatan Presiden Umno atau tidak.

Abdullah, kini, sedang menghadapi krisis pendirian yang amat mencabar, iaitu sama ada mengundurkan secara terhormat, setelah melalui pelbagai kecaman dan desakan dari akar umbi Umno sejak 8 Mac lepas atau diundurkan secara memalukan dengan tidak mendapat pencalonan yang cukup untuk melayakkannya mempertahankan jawatan.

Khabarnya sudah beberapa kali Abdullah sudah ‘tidak tahan’ akibat desakan supaya meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno, sekaligus jawatan PM dari kalangan anggota Majlis Tertinggi Umno.

Ada yang mengkhabarkan, gambaran situasi tekanan yang dihadapi, minda dan jiwa Abdullah tertekan sehingga beliau menangis kecewa dengan sikap pihak-pihak tertentu dalam Umno yang memperlakukan beliau sedemikian rupa.

Di saat Abdullah masih berkuasa sebagai PM dan Presiden Umno, orang-orang Umno bukan sahaja memperlekehkan beliau, malah beberapa kali ‘memulaukannya’ dalam beberapa majlis anjuran parti itu.

Ada kawan-kawan memberitahu selepas mesyuarat MT di bulan Ramadan lepas, diadakan majlis berbuka puasa di PWTC, tiada pemimpin-pemimpin kanan Umno yang ‘sudi’ duduk bersama semeja dengan Abdullah. Read the rest of this entry

Apapun Keputusan Abdullah Hari Ini, Umno Akan Terus Bergolak?


Salam Perjuangan…

Awal September hingga ke hari ini, rakyat dan ahli Umno disajikan dengan segala macam gelagat dalam isu pemilihan jawatan tertinggi Umno.

Dari jawatan peringkat Majlsi Tertinggi hinggalah sayap-sayap Umno, semuanya menyaksikan perbalahan antara kelompok anak menantu dan gerakan perubahan.

Walaupun pemilihan telah ditangguh kepada Mac 2009, namun kegilaan pelbagai lapisan pemimpin mengadu-domba selain membuat kejutan berhubung pemilihan memberikan satu lagi dampak baru yang lebih ‘kalut’ dalam politik Umno.

Read the rest of this entry

Galeri Kenangan : Zaman Kegemilangan Datuk Seri Anwar Ibrahim Dalam UMNO !!


Salam Perjuangan…

Tiga Serangkai, Pak Lah, Najib dan Anwar kini mereka bertiga bakal tentukan halatuju masa dalam senario yang berbeza

Tinggal kenangan, Anwar menggangat tangan bersama Mat Taib. Muhyiddin , Mahathir dan Najib ketika perhimpunan Agong UMNO dulu

Ceria, Pak Lah menunjukkan sesuatu kepada Anwar sambil disaksikan oleh Rahim Tamby Chik dan juga Muhyiddin

Amanat, Anwar selaku Timbalan Presiden bersalaman dengan Mahathir sambil disaksikan oleh Hamid Otman

[Semua foto ini adalah dari simpanan khas Pahang Daily Online, kami sengaja menyiarkannya kerana mesyuarat bahagian UMNO bakal berjalan sekarang ini. Justeru ini ianya akan memberi sedikit memori kepada puak-puak UMNO ini semasa Anwar disanjung dan dipuji dulu. Moga ini dapat menimbulkan kesedaran agar mereka melihat kebenaran]pahangdaily

Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah


Salam Perjuangan…

Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya’ dengan amalannya.

“kau , dah hari ker berapa dah?”
“aku dah 5 hari dah ni”
“esok aku raya (sunat syawal)”

Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.

Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat ‘sapa lebih hebat?’.

Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.

Read the rest of this entry

Mufti Akui Mangsa ‘Permainan Politik’


Salam Perjuangan…

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersara mengejut akibat “tidak selesa dengan permainan politik” oleh beberapa pihak dalam kerajaan negeri berhubung pengendalian kontrak perkhidmatannya.

“Cara menguruskannya, macam main silap mata. Mereka tidak jujur,” katanya hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan lanjut bentuk permainan politik itu dan pihak yang terlibat.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini, surat makluman tamat kontrak perkhidmatannya selama dua tahun bermula 2006 dihantar kepadanya baru-baru ini walaupun kontrak baru sehingga Oktober 2009 telah ditandatangani Jun lalu.

Tindakan itu, menurut sumber-sumber, “ada (niat) sesuatu”.

Dr Mohd Asri bagaimanapun menjelaskan tidak akan bertemu Menteri Besar Datuk Seri Md Isa Sabu untuk menyelesaikan permainan politik seperti didakwanya melibatkan pentadbiran kerajaan negeri.

“Saya tidak akan berjumpa beliau (Md Isa) untuk meminta jawatan,” katanya.

Ditanya sama ada keputusan melepaskan jawatan itu dibuat kerana terdapat tekanan akibat beberapa pandangannya yang tidak selari dengan pandangan ahli politik, beliau berkata:

“Beberapa pandangan saya kritikal. Saya tidak kisah. Ada orang tidak selesa. Saya tidak kisah berbeza pandangan dengan pentadbir, tidak kira Umno atau parti mana pun.”

Sepanjang dua tahun berkhidmat sebagai mufti, katanya, beliau telah “melakukan sesuatu”.

Read the rest of this entry