Daily Archives: 13 Oktober 2008

Mencari Pengasas ‘Teori Rahman’


Salam Perjuangan…

Rancangan penyerahan kuasa Umno kepada Datuk Seri Najib Razak akan melengkapkan “teori Rahman” yang dianggap satu kaedah menjelaskan usaha mencari bakal perdana menteri Malaysia.

Sekurang-kurangnya sejak 20 tahun lalu, tokoh atasan Umno termasuk mereka yang berusaha mencapainya berharap keberkatan teori ini membawa tuah kepadanya atau pemimpin pilihan mereka.

Suatu waktu dahulu penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap A pada “teori” yang diambil pada nama perdana menteri pertama itu Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj melengkapkan sebahagian misteri peralihan pucuk pimpinan negara.

Bagaimanapun, sehingga kini, masih tidak jelas sejak bila teori ini mula-mula dikemukakan dan siapakah yang memperkenalkannya sehingga berjaya menangkap khayalan peminat tegar politik negara ini.

Malaysiakini menghubungi tiga penulis politik Melayu berpengalaman dan tersohor untuk mencungkil asal-usul mitos moden ini – mungkin boleh dianggap satu-satunya “teori” yang paling tepat untuk menjadi nujum politik Melayu, setidak-tidaknya untuk melihat siapa pemimpin nombor satu Umno.

Pengamat-pengamat politik itu bagaimanapun semuanya tidak dapat mengesan tarikh tepat ia mula diperkenalkan tetapi umumnya bersetuju ia muncul pada zaman 1980-an, awal pentadbiran perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Read the rest of this entry

300 Pemuda Umno Kubang Kerian Berhimpun Bantah Pencalonan Ditolak


Salam Perjuangan…

KOTA BHARU, 13 Okt – Ketika Dato’ Seri Najib Razak tersenyum puas untuk menduduki kerusi pemimpin utama negara Mac depan, namun di peringkat bawah pertembungan semakin hangat berlaku.

Di Kelantan dua kali perhimpunan di kalangan ahli yang tidak puas hati diadakan. Baru-baru ini wanita Umno Rantau Panjang dan Umno Kubang Kerian membantah ketidakadilan yang berlaku.

Dan petang ini lebih 300 Pemuda Umno dari Bahagian Kubang Kerian berhimpun secara aman di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Umno Negeri.

Mereka menuntut Jawatankuasa Pemilihan dan Pemantau Umno Negeri menyiasat secara telus dan adil sebanyak 40 aduan salah laku pengendalian mesyuarat cawangan yang didakwa berlaku di bahagian itu.

Kumpulan itu juga membantah pembatalan pencalonan Mohd Syahbuddin Hashim, 28 yang sebelum ini mendapat sokongan cawangan bertanding merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda.

Syahbuddin ketika ditemui pemberita berkata, antara kesalahan yang dikesan berlaku antaranya pembatalan mesyuarat tanpa sebarang alasan dan mesyuarat disahkan walau pun hanya dihadiri dua orang ahli.

Read the rest of this entry

Skandal Najib, Bakal Calon Presiden UMNO & PM


Salam Perjuangan…

Satu demi satu, skandal-skandal yang melibatkan bakal Perdana Menteri Malaysia, mula keluar. Selepas cerita-cerita lama yang berlaku semasa Najib menjadi Menteri Besar Pahang, di ikuti pula dengan bahan bukti yang mengaitkan beliau dengan kes pembunuhan Altantuya.

Hari ini, satu lagi kes yang membabitkan Najib dalam pembelian 12 helikopter baru untuk kegunaan Angkatan Tentera bagi menggantikan helikopter Nuri.

Sejahtera Malaysia!!! pemudabesut.blogspot.com

Read the rest of this entry

Langgar Syariat, JAKIM Tiada Kuasa Memantau


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan bahawa mereka mempunyai kuasa untuk menangani masalah pelanggaran syariat di semua tempat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Zahid Hamidi berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) pada sesi solan jawab lisan semasa sidang parlimen pada hari ini.

Persoalan agama katanya bukan sahaja terletak di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan malah ianya juga menjadi tanggungjawab negeri yang mana ianya terletak di bawah bidang kuasa sultan di sesebuah negeri.

Persoalan asal yang dibangkitkan Siti Zailah adalah penjelasan mengenai pemantauan yang dijalankan oleh pihak kementerian di bawah seliaannya terhadap pelanggaran syariat termasuk dalam pengendalian ekonomi dan industri hiburan dalam negara.

Mengulas lanjut mengenai respon Zahid tersebut, Siti Zailah melahirkan kekesalan atas jawapan yang tidak memberangsangkan serta kurang serius dan tanggungjawab itu.

“Saya merasa agak kesal dengan jawapan menteri, kerana ianya merupakan perkara yang serius dan ianya merupakan bidang kuasa yakni tanggungjawab beliau,” katanya.

Walau bagaimanapun, katanya ia sepatutnya diberi perhatian dengan lebih serius memandangkan implikasi atau kesan daripada pemantauan yang kurang telah mengakibatkan peningkatan masalah sosial dan keselamatan dalam negara. harakahdaily

[Kerajaan BN di bawah pimpinan Pak Lah memang tidak cakna langsung kepada isu-isu agama. Lebih-lebih lagi menterinya pun bukan orang agama sangat. Inikan pulak nak jaga masalah agama di negara ini. Daripada kenyataan menterinya, jelaslah bahawa kerajaan yang ada sekarang bukan kerajaan yang membela Islam, al maklumlah Islam Hadhari yang dijadikan panduan.]

Seniman Kecam Shah Rukh Khan Dikurnia Datuk


Salam Perjuangan…

Presiden Seniman Datuk Mustapha Maarof (duduk kanan), Ahmad Idham, dua dari kanan)ketika sidang media bantahan Seniman terhadap penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada aktor Bollywood popular, Shah Rukh Khan sempena ulangtahun ke-70 Hari Jadi Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob pada Sabtu lalu. -foto THE STAR oleh NORAFIFI EHSAN

Presiden Seniman Datuk Mustapha Maarof (duduk kanan), Ahmad Idham, dua dari kanan)ketika sidang media bantahan Seniman terhadap penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada aktor Bollywood popular, Shah Rukh Khan sempena ulangtahun ke-70 Hari Jadi Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob pada Sabtu lalu. -foto THE STAR oleh NORAFIFI EHSAN

KUALA LUMPUR : Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Datuk Mustapha Maarof menggesa pihak kerajaan negeri membuat penilaian yang sebaik mungkin apabila mengurniakan sesuatu anugerah agar ia dihormati.

Kenyataan ini dikeluarkan ekoran bantahan Seniman mewakili artis tanahair terhadap penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada aktor Bollywood popular, Shah Rukh Khan sempena ulangtahun ke-70 Hari Jadi Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob pada Sabtu lalu.

“Ini hak mereka, kami tak larang mereka untuk beri anugerah itu, tapi kami harap ia diberi penilaian sebaik mungkin agar dihormati.

“Semalam dia tak datang upacara tersebut dan kami rasa macam satu penghinaan kepada rakyat Malaysia,” katanya ketika sidang media bantahan Seniman di pejabat Finas, Hulu Kelang,kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Menurut Mustapha mereka patut bertanya kepada pihak yang bersesuaian seperti Finas mengenai kelayakan untuk memberikan anugerah kepada seseorang selebriti.

“Kami bukanlah terdesak dengan kementerian dan kerajaan negeri, tapi kami harapkan keadilan,” katanya.

Beliau turut menyuarakan nama artis lain yang lebih layak menerima anugerah seperti Azean Irdawaty, M. Nasir, Kuswadinata dan Ruminah Sidek atas sumbangan mereka kepada industri filem dan seni tanahair.

Read the rest of this entry

Belanjawan Negara ‘Outdated’, Jumud


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendesak agar Menteri Kewangan baru, Dato’ Seri Najib Tun Razak membentang belanjawan negara yang baru.

Menurutnya di sidang parlimen hari ini, belanjawan negara sebelum ini yang dibentang oleh bekas Menteri Kewangan, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dianggap sebagai ‘outdated budget’ dan tidak relevan dengan krisis ekonomi dunia yang sedang berlaku ketika ini.

Beliau juga berkata ia adalah, “belanjawan jumud” apabila memberikan maklum balas terhadap soalan tambahan yang diberikan Ketua Whip parlimen PAS, Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) pada sesi perbahasan Belanjawan 2009 sidang parlimen pagi tadi.

Terdahulu, Salahuddin membangkitkan persoalan kemungkinan belanjawan yang dibuat adalah mengikut sistem ‘average’ yang pada pendapat beliau ianya tidak sepatutnya berlaku.

“Ini soal majoriti dan tanggungjawab, Menteri Kewangan kena jawab apabila saya mengemukakan fakta unjuran harga minyak dan defisit semasa. Read the rest of this entry

Tidak Perlu Guna ISA Sekat PR Ambilalih Kuasa


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak perlu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menyekat Pakatan Rakyat (PR) melaksanakan peralihan kerajaan, kata Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat “Tidak perlu bertengkar, tidak perlu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam menyekat kami untuk melakukan peralihan kerajaan baru, jalan yang paling baik adalah menyertai PR dan bersama-sama membina sebuah pentadbiran yang berlandaskan syariat Islam,” kata beliau.

Malah, Menteri Besar Kelantan itu menasihatkan “saudara-saudara daripada Umno supaya beralih kepada PAS atau masuk Parti Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), itu adalah cara yang paling baik”.

Sekiranya kerajaan BN tidak mahu PR melakukan pertukaran kerajaan, BN harus memperbetulkan keadaan yang berlaku sekarang.

Ketika ditanya mengenai masalah yang sering dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyebabkan peralihan kuasa yang dirancang sering kali tertangguh beberapa kali, beliau menjelaskan sesuatu perubahan yang baik apabila ingin dilaksanakan terpaksa melalui pelbagai masalah tetapi Anwar perlu tahu PAS sentiasa menyokong tindakannya itu.

“Bukan senang ambil alih pemerintahan sedia ada, tetapi perlu persediaan lengkap dan bersusah payah mencapai matlamat yang diingini. Tiada kerja mudah… jika nak senang campur susah rasuahlah,” katanya.

Sementara itu, Anwar semalam menegaskan tiada sasaran tarikh tentang peralihan kuasa seterusnya.

Read the rest of this entry

Gempar : Karung Undi Pos Bertaburan Di Sabah, Terbukti Pihak SPR Tidak Bertanggungjawab!!


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR – Insiden karung undi pos yang dijumpai di sebatang sungai di Menggatal, Sabah Julai lepas tidak melibatkan kertas undi pos bagi pilihan raya umum Mac tahun ini kerana tiada sebarang kertas undi yang ditemui, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. “Ia disebabkan oleh kegagalan petugas-petugas pilihan raya mengembalikan semua peralatan pilihan raya yang tidak digunakan kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Sabah,” katanya menjawab soalan Datuk Ir Edmund Chong Ket Wah (BN-Batu Sapi) pada persidangan Dewan Rakyat, Isnin.

Katanya berdasarkan kepada semakan yang dibuat, didapati sampul plastik yang dijumpai tersebut adalah sampul-sampul plastik yang digunakan semasa pilihan raya umum Negeri Sabah pada tahun 1999. “Oleh sebab terdapat keraguan ke atas dokumen-dokumen tersebut dan memandangkan tempoh masa yang agak lama, maka pihak polis akan membuat pemeriksaan forensik bagi mengesan usia karung berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun, Mohamed Nazri berkata sehingga kini pihak polis belum memaklumkan hasil pemeriksaannya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Menurut beliau, hanya selepas disahkan, sampul-sampul plastik berkenaan boleh dimusnahkan mengikut peruntukan Peraturan 25 E Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.

“Insiden seperti ini sama sekali tidak akan menjejaskan imej negara, kecuali dipolitikkan kerana ia tiada kaitan dengan pilihan raya tetapi hanya merupakan soal pengurusan peralatan pilihan raya yang boleh ditangani secara pentadbiran tanpa menjejaskan kredibiliti pilihan raya di negara ini,” katanya.

Read the rest of this entry

Sidang Dewan Rakyat Bermula Hari Ini, Anwar Jadi Tumpuan


Salam Perjuangan…

"Ucapan Anwar akan memakan masa sehari suntuk, sehingga petang tetapi tidak sehingga esok"

PARLIMEN bersidang hari ini selepas berehat lebih sebulan dengan fokus menjadi tumpuan ke arah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa perkembangan yang berlaku sejak awal September.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu akan menyampaikan ucapan perbahasan selaku Ketua Pembangkang hari ini, yang difahamkan akan mengambil masa sehari suntuk.

Dewan Rakyat bermula dengan sesi soal jawab secara lisan dan disusuli dengan perbahasan ke atas Bajet 2008.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata, Anwar akan menyentuh pelbagai mesej yang “tersurat dan tersirat” dalam ucapannya hari ini.

“Ucapan beliau (Anwar) akan memakan masa sehari suntuk, sehingga petang tetapi tidak sehingga esok,” kata beliau kepada mStar Online.

Ketika desas-desus mengenai pembentukan kerajaan pusat oleh Pakatan Rakyat timbul semula, Saifuddin berkata, ucapan tersebut perlu dilihat secara menyeluruh untuk memahami mesej yang hendak disampaikan oleh Anwar yang juga Penasihat PKR.

Bagaimanapun anggota Dewan Rakyat menjelaskan tidak mungkin ada usul undi tidak percaya secara langsung ke atas kepimpinan kerajaan iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi minggu ini.

Read the rest of this entry