Daily Archives: 4 Oktober 2008

Petanda PM Tidak Bertanding Presiden


Salam Syawal…

Keputusan naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden dianggap sebagai petanda bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak akan mempertahankan jawatan presiden dalam pemilihan Umno Mac depan.

Semalam, Zahid berkata beliau menawarkan diri berdasarkan telahan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil alih jawatan presiden Umno.

Mohd Ali pula berkata, beliau sedia bertanding sekiranya ada kekosongan jawatan timbalan presiden parti.

Para pemerhati politik melihat perkembangan terbaru itu sebagai petanda bahawa Abdullah akan mengumumkan sebelum 9 Oktober ini – tarikh bahagian mula bersidang – tidak akan mempertahankan jawatan presiden.

Ini memandangkan kedua-dua merupakan ‘orang dalam’ yang pastinya mengetahui perkembangan terkini dalam Umno dan kerajaan.

Sebanyak 191 bahagian Umno akan bersidang selama sebulan sehingga 9 November depan untuk memilih kepimpinan di peringkat bahagian serta membuat pencalonan untuk jawatan tertinggi parti.

Mesyuarat bahagian itu juga akan memilih perwakilan yang bakal mengundi Mac nanti.

Setiap bahagian akan menghantar 13 perwakiilan – enam terdiri daripada pemegang jawatan utama bahagian yang turut dikenali sebagai G6.

Manakala tujuh lagi akan dipilih dalam mesyuarat bahagian, yang juga dikenali sebagai G7.

Read the rest of this entry

Keutamaan Puasa Enam Hari Di Bulan Syawal


Salam Syawal…

Abu Ayyub Al-Anshari r.a. meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun. (HR. Muslim).

Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan dari Tsauban, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh.” (Hadits riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam “Shahih” mereka.)

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa berpuasa Ramadham lantas disambung dengan enam hari di bulan Syawal, maka ia bagaikan telah berpuasa selama setahun.” (HR. Al-Bazzar) (Al Mundziri berkata: “Salah satu sanad yang befiau miliki adalah shahih.”)

Pahala puasa Ramadhan yang dilanjutkan dengan puasa enam hari di bulan Syawal menyamai pahala puasa satu tahun penuh, kerana setiap hasanah (tebaikan) diganjar sepuluh kali lipatnya, sebagaimana telah disinggung dalam hadits Tsauban di muka.

Membiasakan puasa setelah Ramadhan memiliki banyak manfaat, di antaranya:

Read the rest of this entry

Ali Rustam Sedia Tanding Timbalan Presiden Umno


Salam Syawal…

MELAKA : Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Mac depan.

“Saya sedia bertanding sekiranya ada kekosongan jawatan timbalan presiden parti, saya menawarkan diri (bertanding jawatan itu),” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mohd Ali, 59, yang juga Ketua Menteri Melaka sebelum ini menawarkan diri bertanding mempertahankan jawatan naib presiden yang dimenanginya kali pertama sewaktu pemilihan parti pada 2004.

Pengumuman Mohd Ali hari ini, meletakkan beliau sebagai pemimpin kedua, selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan hasratnya bertanding Timbalan Presiden Umno pada pemilihan Mac depan. BERNAMA