Daily Archives: 22 Oktober 2008

Pakatan Rakyat, Lim Guan Eng Isytihar DUN Penanti “Serambi Mekah” Di Pulau Pinang!!


Salam Perjuangan…

Negeri Pulau Pinang secara tradisinya memang diperintah oleh pemimpin Cina sejak dahulu lagi dan ianya begitu lama di bawah Parti Gerakan. Selepas Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, tradisi ini berterusan di mana pemimpin kaum Cina terus memimpin P.Pinang cuma bezanya pemimpin ini bukan dari parti komponen BN. Parti DAP yang telah lama bertapak di P.Pinang akhirnya berjaya merampas kerusi Ketua Menteri P.Pinang dari Parti Gerakan di bawah pimpinan Koh Tsu Koon. Lim Guan Eng yang dikenali sebagai pejuang rakyat tidak mengira bangsa dan agama diberi kepercayaan oleh rakyat P.Pinang untuk menerajui kerajaan Negeri P.Pinang. Tampuk pemerintahan negeri di bawah Lim Guan Eng sememangnya dialu-alukan oleh rakyat pelbagai kaum di Pulau Mutiara itu. Kecuali UMNO, majoriti rakyat di P.Pinang termasuk dari MCA, Gerakan dan juga parti di dalam gabungan Pakatan Rakyat percaya dan yakin Lim Guan Eng mampu memberi perubahan besar kepada rakyat di P.Pinang.

Apabila Lim Guan Eng mula merangka dasar dan arah tuju pentadbiran di P.Pinang, UMNO tidak berhenti-henti cuba mengelirukan masyarakat khususnya Melayu di P.Pinang dengan menjaja pelbagai cerita dan tuduhan untuk memburukkan imej Lim Guan Eng. Kini, UMNO cuba untuk menjadi hero Melayu di P.Pinang setelah sekian lama menjadi ‘budak suruhan’ dan Pak Turut di bawah pemerintahan Gerakan sebelum ini. Lim Guan Eng seorang pemimpin muda yang berwawasan dan mempunyai nilai keperibadian yang baik cuba mengguna pakai kaedah pemerintahan yang bersih serta telus dengan menjadikan pemerintahan Umar Abdul Aziz sebagai model dan idolanya. Tidak hairanlah beliau sering kali menyeru masyarakat P.Pinang agar merealisasikan konsep ‘Amar Makruf Nahi Mungkar’. Slogan ini bukan retorik semata-mata kerana beliau kini telah mula sedikit demi sedikit berusaha melaksanakannya. Read the rest of this entry

Dulu “Hakim Correct Correct Correct”, Kini “Speaker Reject Reject Reject”!!


Salam Perjuangan…

Nampaknya benteng terakhir kerajaan UMNO dan Barisan Nasional masih lagi ampuh untuk menyekat segala kebobrokan pemimpin mereka. Jika dulu kita dikejutkan dengan gelagat “Hakim Correct, Correct, Correct”, kini sejak sekian lama kita disajikan pula dengan “Speaker, Reject, Reject, Reject”. Maknanya Speaker Dewan Rakyat yang dilantik oleh kerajaan itu, tugasnya memastikan setiap usul yang dibawa ke parlimen jika didapati boleh “menjerat” kerajaan maka ia harus ditolak sejak awal-awal lagi. Maka bermulalah episod penolakan usul yang dibawa oleh pemimpin pembangkang di parlimen sejak mutakhir ini. Bermula dengan penolakan usul “undi tidak percaya terhadap PM” yang ingin dibawa untuk dibahaskan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr.Wan Azizah Ismail ketika itu.

Penolakan tersebut jelas sekali menyebabkan para pemimpin pembangkang tidak berpuas hati dan kecewa. Inilah yang menyebabkan mereka sedikit kecoh ketika di dewan rakyat. Apa tidaknya, jika senario ini berlaku kepada kita sendiri pun mungkin kita akan marah dan dukacita. Segala usul panas yang sepatutnya dibahaskan tetapi ditolak awal-awal lagi oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia itu. Begitu juga usul yang ingin dibawa menerusi Timbalan Speaker, Wan Junaidi turut menyekat dan menolak segala usul-usul yang dipercayaai bakal menyebabkan BN “terduduk” itu ! Read the rest of this entry

Husam Persoal Tindakan Paksa KWSP Selamatkan Saham


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Naib Presiden PAS, Haji Husam Musa mempersoalkan tindakan kerajaan memaksa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melabur sehingga RM5 bilion untuk menyelamatkan saham di bawah nilai serta melindungi pelaburan dalam syarikat milik kerajaan.

“Apa istimewanya syarikat tersenarai di pasaran saham yang diumpankan ‘hantaran’ sebesar itu? Tak kena gaya, RM5 bilion hilang sekelip mata bila dicampakkan ke lubuk pasaran saham yang belum terhenti merudum,” kata beliau.

Beliau menyifatkan langkah tersebut menunjukkan kerajaan tidak bersifat saksama dalam menangani masalah yang dihadapi oleh rakyat.

“Langkah memperuntukkan RM5 bilion untuk pasaran saham, tetapi sepi dalam langkah-langkah meringankan beban rakyat dan merancakkan ekonomi, adalah langkah berat sebelah,” kata Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu.

Jumlah RM5 bilion itu bukanlah jumlah yang kecil, katanya, malah lebih besar dari RM4 bilion yang pernah dijimatkan oleh kerajaan dengan menaikkan harga petrol dan diesel yang telah menyulitkan kehidupan rakyat satu masa dulu.

Tindakan kerajaan “mengutip” sehingga RM4 bilion dari poket rakyat itu menyebabkan mereka menderita, katanya.

Husam seterusnya mempersoalkan mengapa wang sebesar RM5 bilion itu tidak boleh diperuntukkan bagi merancakkan ekonomi negara seperti langkah “pump priming” atau insentif fiskal yang lain.

“Dua isu besar yang dihadapi oleh rakyat ialah kos hidup yang amat membebankan dan kedua, ekonomi yang lembab termasuk kejatuhan harga komoditi utama. Read the rest of this entry

Untuk Siapa RM5 Bilion Duit Kami, Najib?


Salam Perjuangan…

Ayuh, dengan duit kita dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kita bail-out saham-saham blue-chip yang kini tertinggal ke belakang di bursa-bursa tempatan, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat-syarikat kroni Barisan Nasional yang nilai sahamnya berada di paras bawah nilai atau dalam bahasa sedap media-media kroni, terkurang nilai.

Alahai, bukannya banyak pun, RM5 bilion ja… Takkan kita tak tau, duit hasil titik peluh kita, termasuk pekerja bergaji murah dan golongan mustadh’adfin (tertindas), dalam KWSP tu memang dihimpun banyak-banyak untuk membantu pasaran saham. Persetankan semua keputusan berhemah untuk melabur dengan tujuan mendapatkan pulangan yang maksimum.

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagaikan menjerkah kita dengan berita gila bahawa kerajaan akan tibai RM5 bilion duit KWSP untuk meningkatkan dana agensi pelaburannya, Valuecap Sdn Bhd kepada RM10.3 bilion dan melabur di dalam saham di bawah nilai serta melindungi pelaburan dalam syarikat milik kerajaan.

Menurut Menteri Kewangan itu, kerajaan berharap suntikan dana itu akan memberikan sokongan yang sangat diperlukan oleh saham-saham blue-chip yang kini tertinggal di belakang di bursa-bursa tempatan.

Amboi, bila kita nak pakai sikit duit kita dalam KWSP, kena mengemis macam peminta sedekah. Kadang-kadang pelbagai karenah menyebabkan kita rasa kita ni macam kucing kurap walaupun nak minta duit sendiri. Depa senang-senang boleh tibai RM5 bilion untuk bail-out saham-saham terkincit nilai. Hampa nak kata apa?!! Depa ada kuasa. Hidup kuasa!!

Di hari yang sama Najib mengumumkan penibaian RM5 bilion duit kita dalam KWSP itu, Malaysiakini melaporkan Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat aduan polis lagi terhadap Najib berhubung isu helikopter Eurocopter dan Altantuya Shaariibuu. Baca selanjutnya di sini dan di sini. – http://penarikbeca.blogspot.com

Murka: Berita Harian Diminta Tarik Balik Laporan


Salam Perjuangan…

KOTA BHARU, 22 Okt – Akhbar Berita Harian diarah menarik balik berita yang menggambarkan Sultan Kelantan murka seperti disiarkan di halaman depan akhbar terbabit 21 Oktober lalu.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud memberi peluang sehingga Rabu (sehari kemudian) kepada akhbar terbabit untuk menarik balik berita berkenaan yang disifatnya tidak mencerminkan keadaan sebenar.

Beliau membuat keputusan itu selepas mendapat desakan demi desakan daripada penyokong kerajaan yang menganggap laporan tersebut mencemarkan istana dan kerajaan negeri.

“Saya memberi peluang sehingga esok untuk membolehkan akhbar berkenaan menarik balik berita yang disiarkan kerana tidak tepat dengan apa sebenar berlaku,” katanya pada persidangan Dun Selasa lalu.

Beliau membuat keputusan itu berdasarkan kepada Perkara 14, Peraturan-Peraturan Tetap Dewan.

Perkara itu menyebut ‘Dengan tertakluk kepada syarat di dalam Perkara 13, maka bolehlah Speaker memberi kebenaran kepada mana-mana wakil akhbar hadir pada persidangan Dun dengan syarat jika akhbar itu menyiarkan berita perjalanan dewan yang pada padangan Speaker tiada patut, bolehlah kebenaran ia ditarik balik.’

Cadangan menggunakan peraturan tersebut dibuat Wan Ismail Wan Jusoh (PAS – Melor).

Sebelum itu, Drs Zainuddin Awang Hamat (PAS – Limbongan) ketika membahas ucapan menjunjung kasih mendesak tindakan dikenakan terhadap akhbar berkenaan yang dianggap menyimpang dari etika kewartawanan.

Berita Harian dalam laporan di bahagian muka depan menyebut ‘Sultan murka kerajaan PAS gagal tadbir Kelantan’. Read the rest of this entry

Pendedahan, Gejala Rasuah Dan Penyelewengan Dalam Syarikat GLC Felda !!


Salam Perjuangan…

Kenyataan TPM Najib Razak bahawa 84,581 peneroka Felda akan menikmati bonus RM144.44 juta Disember ini sungguh mengejutkan kita. Sesungguhnya terdapat keperihatinan benar kerajaan terhadap para peneroka Felda mutakhir ini. Namun, dalam keperihatinan itu terselit perasaan dukacita dan muram durja dikalangan para peneroka apabila harga sawit dan getah yang naik begitu mendadak menjelang pilihanraya umum lalu, kini jatuh merundum dalam masa beberapa bulan sahaja. Ini jelas membuktikan kepada kita bahawa kenaikan tersebut adalah bertujuan untuk memancing undi masyarakat Felda supaya memberikan sokongan padu kepada UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum lalu.

Inilah dia “gula-gula” yang ditabur kepada rakyat terutamanya para peneroka Felda. Maka dengan perkembangan terbaru pemberian bonus tersebut, adalah diharapkan agar para peneroka dapat menilai segala perancangan ini. Ingatlah, mutakhir ini sebenarnya peneroka telah ditindas oleh majikan mereka iaitu Felda. Lantaran itu para peneroka harus bangkit untuk mempertahankan hak mereka. Felda kini sudah jauh tersasar, dulu felda diwujudkan untuk menolong rakyat namun kini Felda sudah menjadi seperti Along untuk menindas rakyat.

Sebelum ini telah banyak bukti tentang penyelewengan Felda Trading yang dibuat oleh Persatuan Anak-Anak Felda (ANAK), yang diketuai oleh Saudara Mazlan Aliman. Namun, sehingga kini ternyata masih belum ada apa-apa tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi menangani atau mengambil tindakan untuk menyiasat segala penyelewengan tersebut. Malahan tindakan yang dilakukan oleh pihak-pihak terbabit nampaknya semakin “rakus” untuk “merompak harta Felda”. Para peneroka akhirnya dijadikan hamba yang terpaksa membayar setiap kerugian yang bakal ditanggung oleh Felda gara-gara perbuatan khianat pihak-pihak terbabit. Justeru itu kini, sebagai anak Felda kami juga ingin membongkar serta mendedahkan beberapa penyelengan yang telah dikenalpasti sejak akhir-akhir ini. Jangan lupa juga dapatkan buku Saudara Mazlan yang bertajuk “Felda, Dulu Tolong, Sekarang Along !!”. Ikuti pendedahan seterusnya bersama pahangdaily. Read the rest of this entry

Mahathir: ‘Saya Bebas Komen Umno Walaupun Bukan Ahli’


Salam Perjuangan…

PETALING JAYA : Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau bebas untuk memberikan pandangan tentang Umno termasuk mengkritik pucuk kepimpinan walaupun masih bukan merupakan ahli parti.

Dalam kenyataan balas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tiga hari lalu, Dr. Mahathir berkata, “saya terkejut apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat kenyataan bahawa sebagai seorang yang bukan ahli Umno saya tidak berhak memberi pandangan saya terhadap apa yang sedang berlaku dalam UMNO.”

“Saya teringat akan jawapan Tun Abdul Razak sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri apabila ditanya oleh pemberita tentang komen saya berkenaan Umno dalam tahun 1970.

“Beliau berkata sebagai orang yang bukan ahli Umno (saya telah disingkir oleh Umno pada masa itu) saya bebas berkata apa sahaja,” kata beliau dalam blognya.

Dr. Mahathir juga menjelaskan tentang halangan yang beliau hadapi untuk mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Umno sejak kebelakangan ini.

“Saya hairan kenapa semasa saya masih ahli Umno setelah letak jawatan sebagai Presiden Umno saya juga tidak dibenar berjumpa ahli Umno dan pemimpinnya dari peringkat bahagian sehingga peringkat Majlis Tertinggi.

“Ahli Umno juga dilarang daripada menjemput saya untuk berucap dalam majlis UMNO atau menghadiri apa-apa majlis di mana saya akan berucap. Saya juga tidak dibenar berucap di Universiti. Jemputan kepada saya ditarik balik atas arahan orang tertentu dalam kerajaan dan parti.

“Yang mutakhir apabila saya dijemput oleh Kelab UMNO Melbourne dan saya terima untuk membuat ucapan berkenaan tajuk yang tidak menyentuh politik dalam negara, tiba-tiba Kelab Umno Melbourne menarik balik jemputan atas arahan Ibu Pejabat Umno,” katanya. Read the rest of this entry

Isu Manifesto Najib, Wartawan Portal Berita Malaysiakini Akhirnya Letak Jawatan!!


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR – Seorang wartawan portal berita Internet, Malaysiakini yang menulis laporan palsu berhubung manifesto Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan hari ini. Wong Choon Mei yang bertugas di Malaysiakini sejak tiga bulan lalu mengambil keputusan itu bagi memikul tanggungjawab terhadap kesilapan laporan berita tersebut. “Ia salah saya dan saya bersedia bertanggungjawab terhadapnya serta meletak jawatan,” kata wartawan itu seperti yang dilaporkan dalam laman web Malaysiakini. Ketua Pengarang Malaysiakini, Steven Gan dilaporkan menerima peletakan jawatan Choon Mei yang berkuat kuasa serta-merta. Choon Mei mengakui beliau tidak mengesahkan kandungan manifesto berkenaan dengan pejabat Najib setelah menerimanya melalui e-mel pada hari Ahad lalu. Email tersebut juga dipercayai telah dihantar kepada banyak laman blog dan portal yang lain.

Semalam, pejabat Timbalan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan yang menafikan laporan manifesto menyokong penawaran beliau bagi jawatan Presiden UMNO yang disiarkan oleh Malaysiakini. Kenyataan itu menyatakan bahawa laporan Malaysiakini tersebut “dengan jelas adalah palsu dan mengelirukan.” Katanya, keputusan Malaysiakini untuk menyiarkan berita itu sangat tidak beretika kerana mereka gagal mencari kesahihan perkara tersebut dengan pejabat Timbalan Perdana Menteri sebelum menerbitkannya. Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons pada satu e-mel yang disiarkan oleh Malaysiakini, yang kononnya daripada sebuah ‘Kumpulan Sokongan Najib’ mengandungi apa yang dipanggil manifesto yang kononnya dikaitkan dengan Najib. Read the rest of this entry