Daily Archives: 14 Oktober 2008

Mengenali Mufassir Dari Andalus


Salam Perjuangan…

Ibn Athiyyah nama sebenarnya Abu Muhammad Ab Haq bin Ghalib bin ‘Athiyyah al-Andalusiy. Lahir pada 481H – 541H. Berasal dari keluarga Arab iaitu datuknya Athiyyah bin Khalid bin Khifaf al-Muharibiy yang terlibat dalam pembukaan Andalus. Bapanya adalah al-Hafiz Abu Bakar Ghalib bin Ab Rahman bin Ghalib al-Andalusiy al-Gharnatiy al-Maliky antara ulama Andalus terkemuka pada zamannya. Beliau disifatkan oleh Ibn Basykuwal dalam al-Silat dan al-Zahabiy dalam Siyar A’lam al-Nubala` merupakan seorang yang mempunyai daya ingatan yang cukup luar biasa, mengetahui hadith, ilalnya dan asmak al-rijalnya. Beliau telah mengulang pembacaan al-Jamik al-sahih lilBukhari sebanyak 700 kali.

Ibn ‘Athiyyah lahir sejurus selepas kemenangan tentera al-Murabitin pimpinan Yusuf bin Tasyifin ke atas kristian, dan sekaligus ke atas pimpinan gologan Tawaif yang memerintah mengikut kepentingan masing-masing yang sebenarnya mempelawa kristian membantu mereka untuk memerangi muslim yang lain. Beliau telah berguru dengan kebanyakan ulama Andalus terutamanya ayahnya sendiri, al-Hafiz al-Naqid Abu Ali al-Ghassaniy, al-Hafiz Abu Ali al-Sadafiyy, al-Imam al-Muqri’ Ibnul Bazisy dan al-Faqih Abu Muhammad Ab Rahman bin Muhammad bin Attab al-Qurtubiy.

Beliau telah menulis al-Quran selepas memikirkan beberapa ketika tentang kemampuannya dalam ilmu lantas beliau mendapati kemahiran berbahasanya mendesak beliau agar menulis tafsirnya ini. Bapanya al-Hafiz Abu Ghalib bin Ab Rahman turut menjadi pendorong utama beliau dalam penulisan di mana ayahnya yang tercinta ini sering menggerakkannya sehingga sampai 2 kali pada waktu malam agar menyempurnakan tulisan tafsirnya.

Kata al-Zahabiy dalam Siyar A’lam al-Nubala` beliau telah dibenarkan berfatwa seawal usianya 13 tahun tetapi kerana sifatnya yang warak menyebabkan beliau masih lagi mengelilingi negara Andalus untuk bertemu dan bermuzakarah dengan tuan-tuan guru yang masih ada pada zamannya. Pada usianya 20 tahun beliau telah mula menduduki tempat yang mulia di kalangan ahli Andalus pada zamannya.

Pada tahun 529H beliau telah dipilih menjadi Qadhi di bandar al-Muryat iaitu pada akhir zaman al-Murabitin. Kata Ibn Furhun di dalam al-Dibaj al-Muzhib beliau terkemuka sebagai seorang hakim yang adil, matang dalam keputusannya dan berhati-hati. Beliau memegang amanah jawatan ini selama melebihi 10 tahun. Beliau meninggal dunia pada usia 60 tahun pada pertengahan Ramadhan 541H.

Kebanyakan ulama dari Andalus yang datang selepasnya telah dipengaruhi oleh gaya penulisannya. Ini termasuk al-Qurtubiy, Ibn Juzay , Abi Hayyan dan al-Tha’alibiy. http://zahazanmohamed.blogspot.com

Penurunan Harga Minyak Masih Tidak Memadai


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata harga petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 sen seliter berkuatkuasa esok.

Perdana Menteri berkata harga petrol RON92 juga akan dikurangkan sebanyak 10 sen kepada RM2.20 manakala diesel turun 20 sen kepada RM2.20.

Ini berikutan harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, katanya dalam satu kenyataan dari Putrajaya hari Selasa.

Harga minyak turun kepada purata AS$82 setong di pasaran antarabangsa.

Abdullah berkata kerajaan membuat keputusan mempercepatkan pengurangan harga runcit petrol dan diesel bagi membolehkan orang ramai menikmatinya segera.

Perdana Menteri berkata kerajaan sebelum ini telah melaraskan harga runcit petrol, masing-masing pada 23 Ogos dan 24 Sept lepas.

Ia merupakan kali ketiga kerajaan menurunkan harga petrol dan diesel.

Pada 4 Jun lepas, kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen atau kira-kira 41 peratus, kepada RM2.70 seliter daripada RM1.92 seliter, berikutan lonjakan harga minyak mentah dunia ketika itu. BERNAMA

Walaupun harga minyak diturunkan oleh kerajaan, namun penurunan harganya masih tidak dapat memuaskan hati rakyat. Ini kerana harga minyak setong sebelum dinaikkan dahulu lebih mahal daripada harga sekarang. Sepatutnya kerajaan menurunkannya lebih rendah lagi atau sekurang-kurangnya menyamai harga seperti mana dulu sebelum kenaikan harga minyak. Jelas kerajaan masih tidak memihak kepada rakyat, iaitu membela rakyat yang tertekan dengan inflasi sekarang. Enta ler sama ada harga barangan turun atau tidak setelah diturunkan buat kali ini.

Pembelian Helikopter Dipertikai


Salam Perjuangan…

Timbalan perdana menteri kini berdepan dakwaan baru berhubung perolehan peralatan pertahanan baru selepas isu kontrak pembelian kapal selam Scorpene yang menjadi isu politik besar tahun lepas.

Datuk Seri Najib Razak, sewaktu menjadi menteri pertahanan, didakwa mengendalikan usaha mendapatkan helikopter Eurocopter Cougar EC 275 (foto kiri) dalam keadaan meragukan.

Dalam suratnya kepada Najib, sebuah syarikat yang terlibat dalam tender tersebut Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan keputusan kementerian itu yang didakwanya “tanpa menemui wakil penjualnya dan (tanpa) melakukan ujian penerbangan.” Read the rest of this entry

PAS Persoal Perkembangan Projek Koridor Pantai Timur


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Dato’ Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat) melahirkan kebimbangan kerana setelah dua tahun Koridor Pantai Timur (Ecer) dilancarkan, sehingga kini peruntukan RM30 juta yang diumumkan hanya untuk kajian semata-mata.

Jelas Kamaruddin, perkara ini amat mengecewakan terutama bagi rakyat di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Projek Jambatan Sultan Yahya ke II yang lebih 13 bulan dilancarkan dan untuk pelaksanaan projek selama 30 bulan, tidak sampai 10 peratus dilaksanakan. Perkara ini menunjukkan kegagalan yang jelas di pihak kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu Kamaruddin turut mengemukakan persoalan, apakah Petronas sebagai peneraju utama projek berkaitan tidak bercadang untuk mewujudkan ‘supply base’ di Bachok, Pasir Puteh atau Tumpat untuk menyelenggarakan pencarian, penggalian serta penemuan minyak dan gas yang banyak terdapat di persisir lautan Kelantan dan Terengganu.

Menjawab soalan tersebut, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Amirsham A.Aziz berkata Ecer masih baru dilancarkan dan baru dilaksanakan pertengahan tahun ini.

Jelasnya, kerajaan masih dalam peringkat perundingan bagi mendapatkan pelabur di peringkat sektor pembuatan termasuk industri berkaitan minyak.

Sementara itu, dalam isu yang sama, Dato’ Abdul Ghafur Salleh (BN- Kalabakan) menyelar kerajaan kerana pelaksanaan koridor di Sabah yang dilancarkan dua tahun dahulu sampai sekarang tidak menampakkan sebarang hasil. Read the rest of this entry

Keputusan Pak Lah Jejas Pencalonan Khairy?


Salam Perjuangan…

Keputusan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mempertahankan jawatan presiden Umno, dipercayai telah memberi kesan kepada pencalonan untuk menantunya, Khary Jamaluddin bagi jawatan ketua Pemuda.

Abdullah juga mengumumkan minggu lalu untuk menyerahkan kuasa kepada Timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak – dari 2010 kepada Mac tahun depan.

Berikutan itu, exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir kini mendahului pencalonan dan sudah layak bertanding jawatan ketua Pemuda.

Sehingga ini, Mukhriz telah mendapatkan 40 pencalonan – melepas jumlah kelayakan minimum 39 pencalonan.

Manakala Khairy pula baru mendapat 19 pencalonan pencalonan dan memerlukan 20 pencalonan lagi untuk layak bertanding.

Agak mengejutkan lagi ialah Mukhriz turut mendapat pencalonan dari Perak dan Negeri Sembilan yang menang diketahui menyokong kuat Khairy.

Ketua Pemuda Perak, Zainol Fadzi Paharudin dan ketua Pemuda Negeri Sembilan, Datuk Ir Jamlus Abdul Aziz turut hadir ketika Khairy mengumumkan di Rembau, kesediaannya bertanding jawatan ketua Pemuda. Read the rest of this entry

Mutu Pendidikan Menjunam, TNC Hanya Tahu Mengampu PM


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Mutu pendidikan negara menjunam teruk di mata dunia akibat pemerintah hanya mampu lantik Timbalan Naib Canselor yang hanya tahu mengampu Perdana Menteri dan pandai buat sajak sahaja.

Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (KeADILan-Permatang Pauh) menegaskan implikasi tersebut adalah akibat kegagalan kerajaan Umno-BN yang masih mengamalkan pengurusan pendidikan secara tidak profesional.

“Sekarang ini negara kita berada dalam keadaan sangat lemah apabila kedudukan universiti kita juga berada di bawah paras 200 pada ranking kedudukan universiti dunia terbaik,” katanya semasa membahaskan Belanjawan 2009 pada sidang dewan Rakyat semalam.

Tambahnya, kedudukan universiti di Beijing, Singapura malah di Chulalongkorn, Thailand juga kini telah mengatasi universiti-universiti di Malaysia.

“Hal ini adalah tidak lain kerana kerajaan melantik timbalan Naib Canselor yang pandai mengampu Perdana Menteri hanya dengan membuat sajak, bukan kerana kepakaran dan kemampuan mengurus tadbir bagi meningkatkan mutu institusi pendidikan tersebut,” katanya lagi.

Pada masa yang sama, beliau turut menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) yang menyatakan mengenai sikap yang diambil oleh kerajaan terhadap mahasiswa dan pensyarah di universiti.

Read the rest of this entry

Kes Altantunya : Tanpa Ada Siasatan Polis, PM Tetap Yakin Najib Tidak Salah Guna Kuasa!!


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menolak laporan yang disiarkan dalam laman web Malaysia Today mengenai penyalahgunaan kuasa oleh Timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. “Saya tak percaya beliau terlibat dalam soal penyalahgunaan kuasa,” kata beliau. Beliau mengulas mengenai laporan laman web itu yang menyebut Najib menggunakan kuasanya bagi mencampuri siasatan kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu.

Laporan Malaysia Today itu menyiarkan dakwaan hubungan mesej teks melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) antara Timbalan Perdana Menteri itu dengan peguam Datuk Shafee Abdullah yang mewakili Abdul Razak Baginda. Ia juga menyebut dengan jelas bahawa Najib mencampuri siasatan pihak polis bagi menyelamatkan Abdul Razak. Sebaliknya Abdullah percaya bakal penggantinya itu akan menjadi seorang pemimpin dan Perdana Menteri yang baik serta mampu menunjukkan kepimpinan yang mantap. “Saya percaya beliau tidak akan salah gunakan kuasanya, kalau tidak bagaimana beliau nak jadi pengganti saya,” katanya.

Pengendali laman web tersebut kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menghadapi kes di bawah Akta Hasutan. Dalam pada itu Presiden Umno itu juga melahirkan rasa gembira dengan keputusan yang dibuat oleh 28 Umno bahagian yang mencalonkan Najib sebagai Presiden parti. “Sudah tentulah saya gembira kerana beliau mendapat sokongan, ini perkara baik. Abdullah sekali lagi mengulangi pendiriannya yang mahukan Najib menjadi penggantinya sebagai Presiden Umno yang baru turut meminta agar ahli Umno memberikan sokongan kepada Timbalan Presiden Umno itu. “Saya nak Datuk Seri Mohd Najib gantikan saya, saya nak supaya ahli-ahli parti beri sokongan kepada beliau. Beliau boleh jadi pemimpin yang baik,” katanya.

Read the rest of this entry