Daily Archives: 20 Oktober 2008

Umno Tabligh


Salam Perjuangan…

Sudah lama tak menulis, terasa berkarat dah tangan ni bila dah lama tak gerakkannya. Fikiran pun jadi tumpul, idea pun tak seperti dulu, asyik kena fikir dulu ayat apa yang nak digunakan.

Berbalik kepada tajuk “Umno Tabligh”, teringat saya kepada satu pergaduhan / perbalahan dalam satu mesyuarat pemilihan pemuda Umno yang heboh diperkatakan sehari dua ni yang turut disiarkan di dalam satu akhbar rakyat.

Pada saya tak hairan jika mesyuarat Umno tu selalu ada pergaduhan / perbalahan antara ahli dan pimpinan yang tidak puas hati dengan sesuatu perkara. Ianya lumrah setiap kali adanya pemilihan Umno, tidak kira peringkat cawangan, pemuda Umno, wanita Umno bahkan peringkat bahagian sekalipun. Perkara ini juga turut melibatkan parti komponen BN.

Yang menjadi kemusykilan / kehairanan pada saya adalah, bila pimpinan Umno tu seorang ahli Tabligh, tapi bukan Islam jadi pilihan bahkan Umno jadi teman. Biasanya jika seorang tu ahli Tabligh, dia semestinya akan menyokong parti yang mendokong Islam.

Saya teringat satu tulisan Ustaz Nik Abduh yang bertajuk “dah nak masuk tabligh dah..” Biasanya itulah yang diucapkan oleh seseorang bila dia sudah “feed up” / kecewa dengan politik yang banyak karenahnya.

Begitulah, bila dah kecewa dengan politik masuk Tabligh. Bila orang Tabligh nak masuk parti politik dia akan pilih parti yang berasaskan Islam. Tapi jika orang itu jadikan Umno sebagai pilihan untuk menterjemahkan Tablighnya dalam konteks dakwah kepada masyarakat, ianya suatu kesilapan yang amat besar sekali.

Dakwah Tabligh amat menekankan kepada “Amar Ma’ruf Nahi Mungkar”. Yang dok pilih Umno tu terbaliklah pulak sebab dalam Umno semuanya ada, malas nak cerita.

Saya harap saudara kita yang Tabligh tu, insaf la, Umno bukan pentas saudara untuk berdakwah mengajak ke arah kebaikan. Kalau niat saudara nak ajak orang-orang Umno ke arah kebaikan tu baik, tapi bukan saudara yang ajak mereka ke arah kebaikan. Saudara yang terheret sekali untuk bersama-sama mereka dalam kegelapan Umno yang semua orang tahu sekarang ini sedang menuju ke hujung usia.

Sultan Tegur Kerajaan Pusat Lambatkan Projek Pembangunan Di Kelantan


Salam Perjuangan…

KOTA BHARU, 20 Okt – Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra melahirkan rasa tidak puas hati terhadap beberapa projek kerajaan Persekutuan yang belum dilaksanakan di Kelantan.

Antaranya pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua yang mana sehingga hanya mencapai kemajuan 10 peratus, biar pun perletakan batu asas sudah lebih setahun berlalu.

Oleh itu baginda mahu kerajaan pusat mempergiatkan semua projek pembangunan dalam rancangan Malaysia Ke-9 memandangkan pelaksanaannya begitu perlahan.

“Bahkan ada di antaranya masih belum dimulakan pembinaannya,” titah baginda ketika merasmikan majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Yang Pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan yang Ke-12 di sini, hari ini.

Turut berangkat pada majlis perasmian itu Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Sebelum ini ketibaan baginda disambut Speaker Dewan Undangan Negeri, Ustaz Nasurudin Daud, Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakub, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri. Read the rest of this entry

Umno Tanah Merah Buat Laporan Polis


Salam Perjuangan…

Umno Bahagian Tanah Merah hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan salah laku jawatankuasa pemantau perhubungan Umno Kelantan yang mengendalikan persidangan Umno cawangan di bahagian itu, baru-baru ini.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Daerah Polis Tanah Merah jam 1.20 tengah hari kerana membantah tindakan jawatankuasa berkenaan yang disyaki cuba menyembunyikan fakta mesyuarat, seolah-olah cuba menipu bahagian dalam urusan mesyuarat pemilihan cawangan diadakan.

Setiausaha Umno bahagian itu, Amran Abdul Rahman berkata berdasarkan kepada perjanjian, jawatankuasa itu akan menyerahkan laporan mesyuarat selepas dua hari setiap persidangan cawangan diadakan.

“Bagaimanapun sehingga hari ini, laporan yang dijanjikan tidak diserahkan, sebaliknya ia diserahkan kepada pihak lain yang tidak berkenaan,” katanya ketika ditemui Bernama hari ini.

Menurut Amran sebelum persidangan cawangan bermula dari 4 Oktober hingga 10 Oktober lalu, jawatankuasa tersebut, yang dipengerusikan oleh pegawai khas kepada pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Tuan Hashim Tuan Yaakub bersetuju untuk menyerahkan salinan laporan mesyuarat kepada bahagian.

Bagaimanapun, katanya sehingga hari ini laporan yang diminta untuk simpanan bahagian, tidak diserahkan.

“Yang peliknya, jawatankuasa terbabit menyerahkan laporan itu kepada pihak lain sebagaimana yang dilaporkan dalam laporan media pada 11 Oktober lepas,” katanya.

Beliau yang mengesyaki ada unsur-unsur penipuan, meminta siasatan dibuat bagi menentukan kesahihan mesyuarat diadakan dan mendapatkan laporan lengkap keputusan persidangan yang diadakan.

Ketua Polis Tanah Merah, Supt Abdul Aziz Mahmud ketika ditemui, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. malaysiakini

Menifesto Najib Calon Presiden, Kepada Tuhan Saya Bersumpah Dan Berserah!!!


Salam Perjuangan…

Nampaknya TPM Najib Razak, beriya-iya benar untuk merebut jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu Mac ini. Kesungguhan itu diperjelaskan lagi dalam satu menifestonya yang telah diedarkan kepada pimpinan tertinggi parti di peringkat negeri dan bahagian UMNO baru-baru ini. Kami turut menadapat salinan manisfesto tersebut untuk tatapan pembaca. Maka, apa yang jelas Najib mengakui beliau adalah “bersih, sebersihnya”. Segala pertuduhan dan apa yang dikaitkan dengan beliau dinafikan dengan sumpahnya. Najib bertuah kerana tidak berhadapan dengan perbicaraan mahkamah. Ini kerana beliau adalah salah seorang rakyat Malaysia yang diberikan “Imunity” untuk kebal dari segala undang-undang biarpun dirinya masih belum bergelar “Tun”. Sama-samalah kita hayati setiap kata dalam manifestonya ini dan buatlah penilaiaian tersendiri.

Dengan segala takzim dan rendah hati saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan Mac 2009 kelak. Salinan Transkrip adalah kepada yang asal.

:: Maklumat Peribadi ::

Nama :

Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak

Tarikh Lahir :

23 Julai 1953

Tempat Lahir :

Kuala Lipis, Pahang


Status Perkahwinan :

Berkahwin dengan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor
5 orang cahayamata (3 lelaki dan 2 perempuan)
1. Mohd. Nizar
2. Puteri Norliza
3. Mohd. Nasifuddin
4. Nooriyana Najwa
5. Norashman Razak

Pendidikan :

1974 – B.A. (Hons) Industrial Economic – Nottingham University, United Kingdom

Portfolio :

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan

Alamat Pejabat :

Pejabat Timbalan Perdana Menteri,
Aras 4, Blok Barat,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia

No Telefon :

603-88881950

No Faks :

603-88880035

Read the rest of this entry