Daily Archives: 6 Oktober 2008

16 September : Strategi Anwar Tersasar?


Salam Perjuangan…

Banyak cakap-cakap politik termasuk di warung kopi mempertikai kegagalan usaha Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membentuk kerajaan Pakatan Rakyat pada 16 September lalu.

Walaupun pelbagai alasan diberikan, namun ada yang melihat sejak peristiwa 16 September tidak menjadi kenyataan mereka tidak lagi mengimpikan kerajaan baru jika tiada bukti kukuh yang boleh mengesahkan pembentukan atas dasar lompt parti.

Ia bukan bermaksud tidak menerima usaha Anwar namun, rakyat lebih mahu jika sesuatu yang dirancang itu bukan setakat untuk dihebahkan tetapi menuju kejayaan yang memberi keuntungan kepada rakyat.

Namun menilai semula titik bengit ’16 September’yang kini menanti ’16 Oktober’ ada yang melihat sekiranya Pakatan Rakyat menerajui Malaysia ini, persoalannya samada Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) seorang yang layak menjadi Perdana Menteri atau sebaliknya?

Pastinya di minda para penyokong Anwar, nama Ketua Umum KeADILan itu menjadi ratib untuk mengisi jawatan nombor satu negara kerana bagi mereka berdasarkan pengalaman Anwar benar layak mentadbir.

Begitupun ada yang secara jujur melihat bahawa untuk faedah kepada rakyat yang mahukan perubahan pimpinan kerajaan adalah lebih utama jika Pakatan Rakyat sementara membincangkan siapa bakal menjadi Perdana Menteri.

Persoalan siapa bakal menjadi Perdana Menteri seharusnya tidak timbul kerana pastinya muafakat antara parti-parti yang bersatu di bawah Pakatan Rakyat boleh menyelesaikan titik pertembungan yang kurang enak dibahaskan ini.

Read the rest of this entry

Takziah Kepada Guru PASTI


Salam Takziah…

Hj Zuraidin menyampaikan sumbangan bagi pihak PASTI Kawasan Pasir Mas dan PASTI Negeri

Pasir Mas – Seorang anak Pengerusi Majlis Guru PASTI (MGP) telah meninggal dunia dalam satu kemalangan di Janda Baik, Bentong, Pahang.

Si mati, Nor Hazwani Binti Zakaria merupakan siswi UM Banggi, berumur dalam 22 tahun. Si mati dilaporkan baru sahaja sampai di UM dari Kelantan dan ke Pahang bersama kakak dan kawan untuk ke rumah emak angkatnya.

Kemalangan itu hanya menyebabkan seorang mangsa, yang lain hanya cedera ringan. Jenazah disemadikan di kubur Lemal, Pasir Mas.

Solat jenazah diadakan di madrasah berdekatan dengan rumah si mati dengan diimami oleh Hj Hussin Pondok Lubuk Tapah. Turut hadir bersama YB Abd Rahman, ADUN Chetok.

PASTI Kawasan Pasir Mas telah tampil menghulurkan sedikit sumbangan kepada keluarga mangsa bagi membantu keluarga si mati. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Hj Zuraidin Abdullah, Timbalan Pengarah PASTI Negeri Kelantan disamping sumbangan PASTI negeri kepada keluarga si mati.

Zaid Ubah Fikiran, Bakal Keluar Umno?


Salam Syawal…

"Saya habiskan 20 tahun untuk Umno dan saya berdepan dengan banyak kesukaran disebabkan pendapat saya"

KB : Datuk Zaid Ibrahim, yang meletak jawatan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bulan lepas, mungkin mengubah fikiran berhubung rancangan tidak akan keluar dari Umno.

Alasannya ialah beliau tidak nampak masa depan baginya dalam Umno.

Saya menghabiskan masa selama 20 tahun dalam politik (untuk Umno) dan saya berdepan dengan banyak kesukaran disebabkan pendapat saya.

“Ini bukan kerana saya tidak setia,” kata beliau seperti yang dipetik oleh akhbar Sunday Star semalam.

Saya digantung daripada parti tanpa sebab dan sekarang dilarang bertanding bagi pemilihan bahagian (Kota Bharu).

“Jadi, apa yang hendak anda lakukan jika anda berada dalam kedudukan saya?” tanya Datuk Zaid, ketika diwawancara di rumahnya di Pasir Hor kelmarin.

Beliau meletak jawatan pada pertengahan September kerana tidak setuju tindakan kerajaan menahan pemimpin pembangkang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Tetapi beliau berkata tidak akan keluar dari Umno.

Mengulas laporan bahawa beliau bertemu dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di kediaman Menteri Besar kelmarin dan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata ia hanya pertemuan biasa. / NST

Sumber : klpos

Bertanding Untuk Perubahan, Bila Menang ‘Habok Pun Tarak’


Salam Syawal…

Ketua UMNO Bahagian Pulai, Nur Jazlan Mohamed, 42, semalam mengumumkan keputusan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada Persidangan Agung Umno Mac 2009. Ini menjadikan beliau merupakan orang ketiga menawarkan diri bagi jawatan tersebut selepas Zahid Hamidi dan Ali Rustam.

Adalah dijangkakan selepas ini beberapa orang lagi ‘pencinta’ pangkat dan tamakkan kuasa dalam Umno akan turut mengumumkan untuk bertanding jawatan no 2 dalam Umno. Antara yang disebut-sebut akan berbuat demikian ialah Mat Taib, Muhyiddin Yassin, Rais Yatim dan Rahim Thamby Chik.

Jazlan yang merupakan anak Tok Mat, Bekas Menteri Penerangan dan Setiausaha Agung Umno merupakan seorang pemimpin muda yang jelas mempunyai cita-cita besar.

Seperti janji-janji pemimpin Umno lain (yang belum tentu ditepati), beliau menawarkan diri untuk membawa perubahan di dalam parti.

Itulah skrip biasa yang akan dihamburkan oleh setiap ahli Umno yang ingin bertanding sesuatu jawatan iaitu membawa perubahan. Malangnya bila dipilih, entah apa perubahan yang dibawa kita pun tidak tahu kerana semua pemimpin Umno hanyalah ‘Yes Man’ kepada pucuk pimpinan takut untuk menyanggah apa yang dikata oleh pemimpin No. 1 dan 2.

Lihatlah apa perubahan yang dibuat oleh Dollah dan Najib berbanding kepimpinan Mahathir-Dollah dulu. Apa yang kita lihat pemerintahan mereka lebih teruk dan lemah sehingga negara menjadi kucar-kacir dari segi ekonomi, sosial dan politik.

Sementara itu Menteri Besar Perlis yang dipencenkan oleh Sultannya sendiri, Shahidan Kassim juga menyertai kumpulan yang tergila-gila kepada jawatan apabila mengumumkan untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno.

Beliau berkata demikian semalam ketika ditemubual oleh Stesyen TV3 Suku.

Sumber : http://mutaligat.blogspot.com

Isu Liwat : Pindah Perbicaraan Kes Ke Mahkamah Tinggi Akan Diketahui Pada Hari Esok !!


Salam Syawal…

Mahkamah Sesyen di sini memutuskan Selasa ini sama ada mengeluarkan perintah supaya perbicaraan kes Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Hakim S. M. Komathy Suppiah telah menangguhkan keputusannya sehingga 7 Oktober untuk menimbangkan hujah bantahan pihak pembelaan di atas permohonan pendakwaan bagi memindahkan perbicaraan kes Anwar ke Mahkamah Tinggi di bawah peruntukan Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah. Pihak pendakwaan pula yang diketuai Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden mengemukakan bantahan awal terhadap bantahan barisan 10 peguam bela termasuk seorang peguam syarie sebagai pemerhati mewakili bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Apakah Dia Seksyen 418A (Bila Ia Dipinda)

Pindaan ini telah dibuat dalam Sidang Dewan Negara pada Hari Selasa 4 April 1989. Antara lain Seksyen 418A yang ada sekarang memperuntukkan kuasa Pendakwa Raya untuk merainta Mahkamah Rendah untuk memindahkan kes yang menunggu penyelesaian di hadapannya ke Mahkamah Tinggi di tempat tempat yang ditetapkan oleh Pendakwa Raya dan Mahkamah Rendah itu berkewajipan menghantar kes itu ke Mahkamah Tinggi tanpa apa-apa penyiasatan awal atau ‘premilinary enquiry’, dengan izin. Peruntukan-peruntukan ini telah beberapa kali dicabar atas alasan bahawa seksyen itu melanggar Perkara 3 dan Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan. Daripada keputusan-keputusan Mahkamah dalam beberapa kes mengenai Seksyen 418A adalah ternyata Hakim hakim tidak bersependapat mengenainya.

Read the rest of this entry

Ceramah Perdana Di Kota Bharu – 9 Oktober 2008


Salam Syawal…

Dr Mahathir Tidak Percaya PM Akan Berundur


Salam Syawal…

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhasrat untuk mengumumkan pengundurannya sebagai Presiden Umno.

Abdullah disebut-sebut akan mengumumkan pengundurannya itu sebelum mesyuarat bahagian-bahagian Umno 9 Oktober ini.

“Saya dapati Pak Lah ini suka berdolak-dalik. Selagi beliau belum buat pengumuman, saya tak percaya.

“Macam-macam beliau janji, semuanya beliau tak tunaikan janji,” mStar memetik Dr Mahathir sebagai berkata ketika ditemui pemberita di rumah terbukanya di Seri Kembangan hari ini.

Dr Mahathir juga mengalu-alukan tindakan ramai pemimpin Umno yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden selaras dengan amalan demokrasi yang dipraktikkan parti.

Bagaimanapun katanya, pertandingan itu perlulah berlangsung secara sihat tanpa sebarang taktik kotor.

“Baguslah… bertandinglah… kita demokrasi. Jangan main kotor sudahlah.

“Jangan bayar duit, jangan sogok. Kita tunjuk kebolehan kita, insya-Allah, orang akan pilih kita.

“Tapi kalau guna tekanan, kilas tangan orang, tarik balik kontrak, ini bukan demokrasilah,” kata beliau ketika pada majlis rumah terbukanya sempena Aidilfitri di kediamannya The Mines Resort City di sini, hari ini.

Read the rest of this entry