Daily Archives: 15 Oktober 2008

Desak Ibrahim Ali Kosongkan Kerusi Parlimen !!! Setuju ?


Salam Perjuangan…

Terlihat, maksudnya bukan sengaja nak lihat , dalam TV1 , masa siaran langsung persidangan parlimen 14 oktober, selasa lepas habis tu ada pulak slot bicara dengan tetamu, kebetulannya ia terdiri daripada ahli parlimen, YB Pasir Mas, Ibrahim Ali, bersama dgn YB Batu Pahat

Dah TV depan meja makan, nak elak tak dapat, kena lah dengar lawak jenaka kedua-dua tetamu.

Apa yang nak dikatakan di sini, bukan isu baru, semua dah tahu dengan perangai YB Ibrahim Ali ni  iaitu yang nak difokuskan seperti tajuk di atas adalah sangat berkait rapat dengan pendirian dan sikap YB ni sejak akhir-akhir ni

Intro

PRU – 12, baru-baru ni, beliau bertanding atas ehsan YB MB Kelantan, TGNA  engan menggunakan tiket & lambang PAS.

Maknanya, PAS dengan seluruh kekuatan, jentera dan dibantu dengan PKR & DAP, bekerja keras memenangkannya.

Tidak mustahil, tanpa PAS & PR, beliau akan kalah.

Tidak lah diketahui, samada terdapatnya perjanjian hitam putih dengan TGNA atau tidak, tetapi sewajarnya sekali pun tidak ada, beliau harus tahu harga diri, reti membawa diri, menjaga penampilan dan pembawaan diri, serta seharusnya memelihara hubungan baik dengan TGNA, PAS & PR. Read the rest of this entry

Nik Aziz Yakin Tubuh Kerajaan Baru Pusat, Setuju Pilih Anwar


Salam Perjuangan…

KOTA BAHRU : Murysidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang mengetuai Kelantan sejak 1990, masih yakin Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan pusat sambil menekankan bahawa pihaknya akan tetap memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Keputusan memilih Anwar jika pembangkang berkuasa di peringkat persekutuan, kata Nik Aziz, sudah lama dipersetujui oleh pembangkang.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pembangkang telah memutuskan demikian semasa pihaknya bersetuju untuk mewujudkan barisan alternatif sembilan tahun lalu.

“Cerita Anwar (dipilih sebagai Perdana Menteri) sudah lama… belum pada ini kita ada APU (Angkatan Perpaduan Ummah), lepas itu Barisan Alternatif, masa kita buat (bentuk) BA, kita dah buat keputusan, Perdana Menterinya Anwar… bukan cerita baru,” kata beliau ketika ditemui di kediaman beliau di sini baru-baru ini.

Barisan alternatif dibentuk oleh pembangkang ketika menghadapi pilihan raya umum 1999 dan 2004.

Selepas pilihan raya umum Mac lalu pihaknya menamakan ikatan pembangkang sebagai Pakatan Rakyat.

Nama itu diumumkan pada 1 April lalu dengan menyasarkan 16 September bagi membentuk kerajaan baru persekutuan.

Bagaimanapun pada tarikh tersebut kerajaan baru tidak dibentuk, sebaliknya Anwar selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat meminta diadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Read the rest of this entry

Lim Dakwa Siasatan Dapati AG Salah Guna Kuasa


Salam Perjuangan…

Lim Kit Siang mendakwa di Dewan Rakyat hari ini bahawa siasatan peringkat tertinggi telah ‘mengesahkan’ bahawa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah menyalahgunakan kuasanya untuk mereka bukti dalam perbicaraan Datuk Anwar Ibrahim 10 tahun lalu.

Lim (DAP-Ipoh Timur) membuat dakwaan tersebut ketika membahaskan Bajet 2009 pagi ini.

Memetik sumber-sumber yang tidak dinamainya, Lim memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau difahamkan bahawa Ketua Peguam Cara Negara, Datuk Idrus Harun telah menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut pada Julai.

Katanya, beliau mendapat tahu yang ketua peguam cara negara telah membuat kesimpulan bahawa Gani memang telah menyalahgunakan kuasanya untuk mereka-reka bukti terhadap ahli parlimen Permatang Pauh, yang juga ketua pembangkang.

Ekoran itu, Lim mendesak Abdul Gani supaya meletakkan jawatannya serta-merta.

“Bagaimana kita hendak benarkan seorang penjenayah (berkhidmat) sebagai AG (peguam negara)? Apa yang sedang berlaku kepada Malaysia?”

Dakwaan bahawa Abdul Gani (kiri) dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mencipta bukti dalam perbicaraan Anwar 10 tahun lalu, muncul semula dalam satu dokumen mahkamah seorang anggota polis yang telah bersara. Read the rest of this entry

Ketua Pemuda : Mukhriz Kuasai 8 Negeri


Salam Perjuangan…

Selepas 72 Pemuda Umno bersidang setakat ini, ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendahului pencalonan bagi jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia di lapan buah negeri.

Pada keseluruhannya, Mukhriz memperoleh sejumlah 40 pencalonan dan melepasi jumlah – 39 pencalonan – untuk bertanding jawatana tersebut.

Manakala pesaing terdekatnya, ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendapat 19 pencalonan dan hanya mendahului di satu negeri sahaja, iaitu Kelantan.

Malah, pencalonan bagi jawatan ketua Pemuda di Negeri Sembilan yang selama ini dianggap pro-Khairy juga berpihak kepada Mukhriz.

Sehingga ini, semua tiga pencalonan dari negeri tersebut – Rasah, Jelebu dan Jempol – memihak kepada Mukhriz.

Manakala di Perak – juga dianggap pro-Khairy – beliau dan Mukhriz masing-masing mendapat empat peencalonan.

Negeri-negeri lain yang memihak kepada Mukhriz ialah Kedah, Terengganu, Sabah, Pahang, Pulau Pinang dan Johor.

Mukhriz mendapat kesemua lima pencalonan dari Kedah manakala Khairy pula menguasai kesemua empat pencalonan di Kelantan setakat ini. Read the rest of this entry

Jambatan Sultan Yahya Kedua Dilancar 13 Bulan Lalu … Tunjuk Kegagalan Kerajaan


Salam Perjuangan…

Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar melahirkan kebimbangan kerana setelah dua tahun Koridor Pantai Timur (Ecer) dilancarkan, sehingga kini peruntukan RM30 juta yang diumumkan hanya untuk kajian semata-mata.

Datuk Kamaruddin berkata, perkara ini amat mengecewakan terutama bagi rakyat di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Projek Jambatan Sultan Yahya ke II yang lebih 13 bulan dilancarkan dan untuk pelaksanaan projek selama 30 bulan, tidak sampai 10 peratus dilaksanakan. Perkara ini menunjukkan kegagalan yang jelas di pihak kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu Kamaruddin turut mengemukakan persoalan, apakah Petronas sebagai peneraju utama projek berkaitan tidak bercadang untuk mewujudkan ’supply base’ di Bachok, Pasir Puteh atau Tumpat untuk menyelenggarakan pencarian, penggalian serta penemuan minyak dan gas yang banyak terdapat di persisir lautan Kelantan dan Terengganu.

Menjawab soalan tersebut, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Amirsham A.Aziz berkata Ecer masih baru dilancarkan dan baru dilaksanakan pertengahan tahun ini.

Jelasnya, kerajaan masih dalam peringkat perundingan bagi mendapatkan pelabur di peringkat sektor pembuatan termasuk industri berkaitan minyak.

Sementara itu, dalam isu yang sama, Dato’ Abdul Ghafur Salleh (BN- Kalabakan) menyelar kerajaan kerana pelaksanaan koridor di Sabah yang dilancarkan dua tahun dahulu sampai sekarang tidak menampakkan sebarang hasil.

“Sudah dua tahun koridor di Sabah dilancarkan oleh Perdana Menteri tetapi sampai sekarang tidak nampak satu butir pasir’ pun saya tidak nampak. Kenapa perkara ini dilalaikan. Mungkinkah kerana ini hanya ‘manisan’ kepada rakyat Sabah sewaktu pilihan raya sahaja?” katanya yang menarik perhatian ahli dewan yang lain. http://mppas.wordpress.com