Category Archives: khairy Jamaluddin

Tony Musnahkan Harapan Khairy


Salam Perjuangan…

Che Dee nak tahu rahsia kejayaan Tony Fernandez [kat sini].

Kebetulan pula, Tony Fernandez ingin berkongsi rahsia kejayaannya dan juga mengakui kesilapan yang telah dilakukannya.

Antara rahsia kejayaannya, dia berjaya menjalinkan hubungan yang akrab dengan pemimpin tertinggi di negara ini. Read the rest of this entry

Khairy Terima Ada Pandangan Dakwa Beliau Punca BN Dilanda Tsunami?


Salam Perjuangan…

Kalau Khairy Jamaluddin menang pemilihan ketua pemuda Umno nanti, mesti lingkup juga pemuda Umno Malaysia nanti dibuatnya. Ramai pemuda Umno yang benci Khairy ni sebab dia ni ada biadap sikit dan sombong. Masa Pak Lah kuat hari tu, negara nie macam dia yang punya. Tapi sekarang nie kurang sikit taringnya bila Pak Lah umum berlakunya peralihan kuasa yang dijangka bulan Mac nie walaupun masih bertaring.

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akhirnya mengakui bahawa adanya pandangan yang mendakwa beliau sebagai punca kepada Barisan Nasional (BN) dilanda Tsunami pada pilihan raya umum Mac lalu.

“Apa boleh buat…Saya kenalah terima”, kata Khairy dalam satu ulasannya yang disiarkan dalam sebuah laman web baru-baru ini.

Beliau dikaitkan dengan dakwaan mempengaruhi Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pilihan raya umum lalu sehingga mengakibatkan BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.

Ahli Parlimen Rembau itu juga dikaitkan dengan mempengaruhi usaha Abdullah menetapkan calon-calon di peringkat Parlimen dan Dun di beberapa negeri hingga empat buah negeri terlepas dari tangan BN, dan Kelantan terus kekal kepada PAS. Read the rest of this entry

KJ Hanyalah Tin Kosong


Salam Perjuangan…

Tin Kosong ni kalau bergolek dari tempat tinggi bunyinya hebat berdentung denting melompat sana sini, tangkas dan bingkas tapi sayang tak der isi… Kosong … tak bleh pakai.

Itulah ibarat dan perumpamaannya untuk KJ. KJ pun sedar perkara ini tapi dia saja saja jer timbulkan isu ni. Sebab dia pun tahu teknik DIRECT N RULE. Kalau pun DMM setuju secara dasar untuk berdebat akan ada pihak lain pula yang menghalang. Khairy pula akan tersenyum dibelakang dia pun pun tahu hal ni. Sebab teknik FORCE DIRECT n RULE menang berkesimpulan begitu, rendang merendang tapi buah tak jadi pun.

Jadi nak bagi jadi isu nak bagi orang kata dia HERO SEJATI Khairy menggunakan teknik ini bersama TV3. Kalau pun debat itu benar-benar berlaku, KJ layak ker jadi KETUA PEMUDA?

Cuba kita toleh ke belakang sewaktu DMM bersuara menyatakan hasrat untuk menjadi Ketua PEMUDA. Hasratnya dinyatakan dengan Padu dan Gagah kita dapat rasakan serinya. KJ pula berselindung dibalik kata-kata.

Bila mesyuarat diadakan satu demi satu pencalunan diterima DMM yang bukan diminta dicalonkan. Bbagaimana pula dengan KJ. Memerhati membisu dengan rasa penuh debaran. Akhir sekali kouta KJ dapat dipenuhi. Read the rest of this entry

Sejarah Khairy Lari Dari Debat : Dua Kali Dengan Adlan Benan, Tiga Kali Dengan PAS


Salam Perjuangan…

Wah … Baru saja layak bertanding, sudah hendak cabar orang berdebat dan kononnya hendak ‘tanam’ oranglah itu. (Tengok bertapa tinggi hidung Khairy duduk sebelah orang tua dalam gambar di sebelah kanan.)

Khairy baru saja cukup jumlah pencalunan dan kini sudah balik kepada kebiasaannya hendak tunjuk angkuh dan lagaknya. Sudah lupa dia menyembah-nyembah perwakilan-perwakilan Pemuda Bandar Tun Abdul Razak meminta pencalunan.

Sekejap lagi, semua orang yang dia jumpa dia akan tanya, “Kau kenal aku siapa? Aku layak bertanding Ketua Pemuda UMNO. Kalau menang aku jadi Menteri!”

Ini bukan ajak debat tetapi mahu memalukan dan mengaibkan orang. Di Amerika, orang mengamal demokrasi secara debat bukan cara macam kanak-kanak belum baligh cabar mencabar main gasing dan ejek mengejek.

Baru saja sebut pasal debat, dia sudah guna Ketua Pemuda Tanjung Malim, Muhammad Yadzan Mohamad untuk melakarkan Mukhriz sebagai pengecut. Tukang sporak dari kroni-kroni Khairy termasuk pebayar bilnya, Ketua Pemuda Perlis Rozabil Abdul Rahman, Ketua Pemuda Pahang Khairuddin Yaakob, Timbalan Menteri Dalam Negeri Senator Wan Farid, Naib Ketua Pemuda Putrajaya Mohd Hishamuddin Yahaya dan lain-lain. Agendadaily yang jadi pemberita pula tidak perlu jadi batu api. Read the rest of this entry

Debat Ketua Pemuda : Talian Hayat Khairy


Salam Perjuangan…

Apa motif disebalik cadangan Debat Terbuka oleh Khairy Menantu Pak Lah? Mengapa hanya kini, beliau cuba bersifat terbuka memberi peluang kepada calon-calon KP UMNO Malaysia berdebat di kaca-kaca TV? Mengapa hanya setelah beliau ketinggalan dibelakang Dato Mukhriz mahupun Dato Khir Toyo, barulah beliau tergesa-gesa menguar-uarkan ide ini?

Apa jaminan bahawa Tv3 atau mana-mana saluran TV di bawah kawalan beliau secara tidak langsung akan tidak mempromosikan Khairy Menantu Pak Lah ini secara berlebih-lebihan?

Kita lihat bagaimana TV3 begitu berminat dengan setiap pencalonan Khairy Menantu Pak Lah, dimana setiap pencalonan yang beliau raih akan dicanangkan seluruh negara!

Kita lihat bagaimana Tv3 menjadikan tajuk beliau melepasi kuota pencalonan sebagai bahan berita UTAMA, lagaknya seperti beliau telah memenangi jawatan Presiden UMNO tanpa bertanding?

Apa jaminan bahawa Tv3 tidak akan mengedit dan menyiarkan seduatan-sedutan debat terbuka tersebut berukang kali untuk menunjukkan betapa hebatnya Khairy Menantu Pak Lah ini.

Sesungguhnya Khairy Menantu Pak Lah ini sedang berada di dalam keadaan yang terdesak. Segala usaha kotor beliau telah lakukan, tetapi pencalonan yang diraih tidak seperti yang diharapkan.

Beliau kini bukan sahaja berada dibelakang Dato Mukhriz Mahatjir, malahan tertinggal dibelakang Dato Seri Khir Toyo.

Khairy Menantu Pak Lah melihat Debat Terbuka sebagai Talian Hayat beliau untuk mencari sokongan dan dengan pihak media siap sedia untuk menghambakan diri kepada beliau, debat Terbuka merupakan ruang paling baik bagi si Oppurtunis anak didik Anwar Ibrahim ini (kita tidak lupa bagaimana beliau bersusah payah menjadi penghatar passport di malam yang gelap demi Anwar).

Sesungguhnya, tindakan Mukhriz menolak cadangan debat terbuka Khairy Menantu Pak Lah ini merupakan tindakan bijak dan tepat, tidak termasuk ke dalam perangkap Khairy Menantu Pak Lah.

Sorry It Is Too Late , Khairy!..anda sepatutnya memberi ruang yang seluas-luasnya kepada pesaing anda sejak dari dahulu lagi..bukan hanya bila anda berada di dalam keadaan TERDESAK… http://www.mykmutara.net