Umno Masih Belum Menyerang


Salam Perjuangan…

Papan tanda menarik di Changkat Ibol

Setelah dua hari berada di Bukit Gantang, isu berkaitan dengan 2 ADUN PKR dan seorang ADUN DAP keluar parti mereka untuk menjadi ADUN bebas tidak banyak diperkatakan oleh orang melayu di sini.

Rata-rata pengundi di sini sama ada PAS atau Umno mengetahui bahawa rampasan kuasa yang dibuat oleh Umno baru-baru ini adalah salah dan tidak bermaruah langsung.

Tinjauan yang dibuat mereka mahukan DUN Perak dibubarkan bagi memberi peluang kepada rakyat untuk memilih calon mereka sendiri melalui undian rakyat.

Manakala orang cina atau india pula sangat marah dengan apa yang telah dibuat oleh Najib untuk merampas kerajaan negeri Perak di bawah kepimpinan Dato’ Seri Nizar. Mereka ini cukup-cukup marah dan boleh dikatakan mereka semua (kaum cina dan india) akan memberi sokongan kepada calon PAS yang akan diumumkan pada malam ini di Padang MPT, Taman Jaya Kota dekat Simpang.

Pada saat ini umno masih dalam suasana tegang untuk menghadapi perhimpunan agung Umno dengan isu politik wang yang banyak menjatuhkan imej parti mereka. Tapi yang pasti Umno akan memainkan peranan yang begitu agresif untuk memenaggi hati pengundi Bukit Gantang nanti.

Buat masa ini Umno masih belum turun lagi di Bukit Gantang, yang ada hanyalah ikan bilis sahaja bukannya ikan paus. Munkin menteri-menteri akan diletakkan bagi menjaga mana-mana Unit Peti Undi (UPU) bagi memudahkan gerak kerja mereka sepertimana yang pernah mereka lakukan semasa pilihan raya DUN Pengkalan Pasir.

Umno melalui presidennya (Najib) yang baru selepas persidangan Umno akan menggunakan segala kekuatan yang ada bagi menaikkan imej sebelum ini tercemar dengan kekalahan 2 pilihan raya kecil.

YB Ust Abdul Latif

YB Drs Idham Lim

Ustaz Abdul Latif semasa dalam persembahan dikir barat di Changkat Ibol meminta para pengundi di Bukit Gantang supaya terus mengundi PAS dan menjatuhkan menteri besar haram yang dilatik oleh Najib baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, Allah SWT telah memberi peluang kepada pegundi Bukit Gantang dengan adanya kekosongan kerusi parlimen Bukit Gantang.

Turut hadir sama memeriahkan persembahan dikir barat tersebut adalah YB Drs Idham Lim, ADUN Titi Serong. Kehadiran penonton semalam dianggarkan mencecah ke angka 500 orang.

Posted on 23 Mac 2009, in Semasa and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan komen