Tajol Rosli Rasuah Tawar Jawatan


Salam Perjuangan…

Satu laporan polis telah dibuat jam 2.50 petang tadi oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kubang Kerian ( Mohamad Nuri @ Nuri Bin Mat Yaacob) dan Kota Bharu (Mohd Baharuddin Bin Mohd Noor) mengenai satu berita yang dilaporkan oleh akhbar Berita Harian bertarikh 29hb. Julai 2008 (Selasa) di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu. Saya bersama sahabat saya, Mohd Rosli Abdul Samad turut serta hadir memberi sokongan.

Berita tersebut mengenai satu Tawaran daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali, yang boleh disifatkan sebagai satu bentuk RASUAH sebagaimana petikan berita yang dipetik daripada akhbar Berita Harian tersebut sebagaimana berikut ;

1. Berita tersebut menyebut “..UMNO Perak semalam mengajak PAS bergabung bagi membentuk kerajaan negeri yang lebih kukuh dengan wakil PAS akan terus menjadi Menteri Besar.”
2. Berita tersebut juga ada menyatakan ; “Tajol Rosli berkata, UMNO Perak sedia membernarkan wakil PAS terusmenjadi Menteri Besar. Manakala keanggotan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) diagihkan mengikut kesesuaian antara parti gabungan.
3. Berita tersebut juga ada melaporkan bahawa Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali ada berkata ; “… Saya sanggup terima PAS menjadi Menteri Besar dan saya sendiri tidak akan duduk dalam kerajaan negeri…”

Berdasarkan kepada laporan berita tersebut di atas dan kenyataan Tajol Rosli tersebut, Pemuda PAS Kubang Kerian dan Kota Bharu mengambil tindakan untuk membuat laporan polis berkaitan perkara tersebut yang jelas bahawa terdapat unsur Tawaran Jawatan yang boleh disifatkan sebagai satu RASUAH yang menyalahi AKTA PENCEGAHAN RASUAH 1997.

Posted on 29 Julai 2008, in Berita and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan komen