Arkib Blog

Manek Urai : PM tidak jawab surat, rakyat keliru perjuangan Umno


Salam Perjuangan…

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat masih mahu bersangka baik terhadap Dato’ Seri Najib Razak yang belum menjawab surat pelawaannya untuk berdebat secara terbuka berkaitan perjuangan parti itu.

Menteri Besar berkata, walaupun surat yang dihantar pada 2 Julai lalu belum dijawab Perdana Menteri, namun beliau masih bersangka baik.

Beliau diminta mengulas kenyataan Najib yang tidak berminat untuk berdebat dengan pemimpin PAS.

Perdana Menteri semalam dilaporkan berkata, beliau tidak setuju dengan cara PAS yang suka memberi gambaran negatif terhadap Umno dan BN. Read the rest of this entry

Harakah, Suara Keadilan dan 13 Tahanan ISA Bebas


Salam Perjuangan…

Penggantungan dua akhbar berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan ditarik balik serta-merta malam ini dan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) turut dibebaskan.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini mengumumkan bahawa kerajaan akan menarik balik larangan penerbitan sementara bagi dua surat khabar, membebaskan 13 tahanan ISA, berkuatkuasa serta-merta,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walaupun beliau tidak menyebut secara khusus dua akhbar terbabit, tetapi sudah menjadi pengetahuan umum bahawa akhbar PAS dan PKR itu telah digantung sementara penerbitannya sejak 23 Mac lalu.

Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang secara rasmi mengangkat sumpah di depan Yang di-Pertuan Agong jam 10.10 pagi tadi, membuat kenyataan sulung itu ke seluruh negara di TV1. Read the rest of this entry

Serah kuasa: PM, Najib jumpa Agong


Salam Perjuangan…

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi ini untuk menyerahkan surat peletakan jawatan mengikut pelan peralihan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak.

Abdullah tiba di Istana Negara pada jam 10 pagi untuk menghadap Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Seri Paduka dilihat tiba di istana 10 minit lebih awal. Pada jam 10.50 pagi, Abdullah masih berada di dalam Istana Negara. Read the rest of this entry

Mahathir Syok Sendiri


Salam Perjuangan…

MARAH betul Mahathir Mohamd dengan Zaid Ibrahim yang meminta supaya Yang di-Pertuan Agong jangan lantik Najib Razak sebagai perdana menteri. Kata Mahathir cadangan Zaid itu tidak waras dan cadangan orang bodoh.

Katanya kalau dia jadi Yang di-Pertuan Agong dia tidak akan baca pun (laporan) mengenai cadangan Zaid itu. Mahathir juga merendahkan Zaid sebagai orang yang tidak mempunyai kedudukan tinggi tidak layak membuat cadangan itu. Kerana itu juga pandangan Zaid itu tidak perlu dipedulikan.

Mahathir terperasa dia masih merasakan dihormati dan disanjungi oleh rakyat. Sepatutnya dia sendiri insaf hanya segelintar sahaja yang mengelilinginya hari ini. Yang dok arak dia ke sana ke sini adalah para pendekar yang tempang, patah kaki dan tidak laku dalam Umno dan kerajaan saja. Read the rest of this entry

Abdullah akan dilihat sebagai negarawan jika berjaya sekat Najib


Salam Perjuangan…

Saya meminta kekuatan dan ketegasan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi agar bertindak segera menghalang Dato’ Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri.

“Saya percaya bahawa Abdullah tahu semua pihak majoriti masyarakat Melayu, bukan Melayu dan dalaman Umno tak gembira dengan peralihan kuasa ini dan kemunculan Najib ambil alih jawatan,”.

Sepatutntya Abdullah kena lakukan sesuatu untuk kepentingan negara bukan kepentingan umno. Abdullah kena buat sesuatu supaya proses peralihan kuasa tidak berlaku atau berlakupun bukan kepada Najib kerana pandangan dalaman negara dan luaran juga sudah negatif kepada Najib,”.

Walaupun tidak nafi kepimpinan Abdullah ada masalah tetapi segmen masyarakat melihat bahawa lebih buruk jika kepimpinan diserah kepada Najib. Read the rest of this entry

PM serah kuasa 2 April


Salam Perjuangan…

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka menyerahkan kuasa pada 2 April – lima hari selepas perhimpunan agung Umno.

Difahamkan, Abdullah akan memaklumkan mengenai perkara itu kepada kabinet dalam mesyuarat mingguannya hari ini, dan beliau akan menemui Yang di-Pertuan Agong pada 3 April depan.

Manakala, bakal presiden Umno, Datuk Seri Najib pula dijangka mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia yang keenam pada 4 April. Read the rest of this entry

Prospek Tengku Razaleigh sebagai bakal PM


Salam Perjuangan…

MAC 13 — Tengku Razaleigh Hamzah telah menggariskan beberapa gagasan penting apabila berbicara tentang kerajaan perpaduan yang disokong oleh beliau.

Gagasan itu antara lain adalah menstabilkan kerajaan pusat dan negeri, memberikan ruang kebebasan untuk media, memperteguhkan ekonomi dengan melaksanakan projek yang boleh menggerakkan ekonomi ke arah lebih baik dan membebaskan para cendekiawan di universiti dari kongkongan AUKU.

Sebagai wartawan, saya sempat mewawancara beliau Selasa lepas bagi mengetahui apakah yang ada dalam pemikiran beliau apabila menyambut gagasan kerajaan perpaduan yang disarankan oleh Presiden Pas baru-baru ini.

(Wawancara penuh dalam www.youtube.com/kubikminda) Read the rest of this entry

Apabila Agong berkuasa penuh lantik PM


Salam Perjuangan…

“Agong mempunyai kuasa mutlak untuk melantik Perdana Menteri,” kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam Dewan Rakyat baru-baru ini. Ia telah disiarkan secara jelas dalam beberapa akhbar khasnya akhbar The Sun.

Kuasa inilah yang digunakan oleh Sultan Terengganu ketika melantik Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar Terengganu walaupun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, selaku pemimpin tertinggi BN, mahukan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai MB.

Ia juga berlaku di Perlis. Walaupun Abdullah, melalui suratnya mahukan Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi MB, namun Datuk Mat Isa Sabu yang diperkenankan oleh Raja Perlis.

Selepas Mac 2009 nanti, Abdullah akan meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Inilah janji beliau dan ia diulangi lagi baru-baru ini.

Selepas beliau meletakkan jawatan, sebagaimana dikatakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dalam Dewan Rakyat, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa sepenuhnya untuk melantik siapa sahaja yang difikirkan baginda mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat. Read the rest of this entry

Kenapa Mengelak Pilihanraya Kecil?


Salam Perjuangan…

Semalam PM mengesahkan adanya ADUN PR dari Perak akan menyertai UMNO. Bilangan tidak disahkan.

Penyertaan mereka, kata Abdullah, kerana mereka percayakan UMNO/BN.

Kenyataan ini, membawa maksud BN boleh menerima konsep pertukaran kedudukan parti. Undang-undang lompat nampaknya bukan pilihan BN bila ada ADUN atau MP yang akan menyertai BN.

Petangnya, Speaker DUN Perak dikatakan menerima surat pengosongan kerusi dua ADUN yang disebut ‘hilang’ kerana ‘dikurung’ dan gagal dihubungi.

Berita pengosongan kerusi dua ADUN berkenaan segera menggemparkan negara. Jam sepuluh malam tadi, bekas ADUN Behrang tiba-tiba muncul dari ‘kurungan’ atau kehilangan misteri. Beliau tiba-tiba ada. Beliau menafikan bersetuju meletakkan jawatan ADUN. Beliau mengesahkan akan keluar dari PKR tetapi akan menjadi ADUN bebas. Read the rest of this entry