Ketua Hakim Negara Diharap Berkecuali


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 29 Okt – walaupun pelantikan Tan Sri Zaki Azman sebagai Ketua Hakim Negara telahpun diperkenankan, namun masih terdapat isu yang masih belum selesai.

Jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam, Edmund Bon berkata pihaknya berharap Zaki tidak akan bersikap bias khususnya dalam menangani kes yang berkaitan politik dan mengandungi unsur kepentingan perniagaan.

“Dia kena mengambil sikap berkecuali daripada melibatkan diri dengan kes melibatkan unsur politik atau business interest,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, Zaki juga diharap tidak mencampuri urusan hakim-hakim dalam membuat keputusan kes-kes yang dikendalikan mereka.

“Kita mahu melihat Zaki boleh memastikan tiada campurtangannya dalam proses hakim membuat keputusan.

“Dia kena pastikan hakim tidak dimanipulasi kerajaan dan sepatutnya lebih bebas daripada situasi sekarang,” katanya lagi.

Sebelum ini ujarnya, beliau tidak pernah menyebutkan mengenai kebebasan badan kehakiman negara.

“Apatah lagi langkah-langkah yang bakal diambil bagi mempercepatkan kes-kes lama diproses.

“Kita akan lihat bagaimana tindakan yang akan dibuat bagi meningkatkan kualiti penghakiman,” katanya lagi.

Beliau turut menyebutkan mengenai hakim yang telah lama berkhidmat dengan sumbangan yang banyak – sepatutnya dinaikkan pangkat seperti Gopal Sriram yang telah lama berkhidmat dengan Mahkamah Rayuan.

“Beliau juga banyak menghasilkan karya penulisan, seharusya pelantikan hakim mengikut seniority serta pengalaman,” ujarnya lagi.

Seorang ahli Majlis Peguam, Fadiya Nadwa Fadzil turut berkongsi pendapat mengenai pelantikan Azmi yang dirasakan penuh dengan skandal yang dikhuatiri menjejaskan integriti badan kehakiman yang kini telah teruk dilanda krisis mutakhir ini.

“Pelantikan tersebut diragui kerana Zaki banyak skandal dan mungkin terdapat campurtangan kuasa eksekutif,’ katanya. – harakahdaily

Harap-harap macam tu, sebab kita tahu yang hakim ini dahulu dia ni peguam untuk siapa dan condong pada siapa. Ingat ini merupakan amanah daripada Allah S.W.T.

Posted on 29 Oktober 2008, in Berita, Isu Semasa, Mahkamah, Semasa. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan komen