Sejarah Khairy Lari Dari Debat : Dua Kali Dengan Adlan Benan, Tiga Kali Dengan PAS


Salam Perjuangan…

Wah … Baru saja layak bertanding, sudah hendak cabar orang berdebat dan kononnya hendak ‘tanam’ oranglah itu. (Tengok bertapa tinggi hidung Khairy duduk sebelah orang tua dalam gambar di sebelah kanan.)

Khairy baru saja cukup jumlah pencalunan dan kini sudah balik kepada kebiasaannya hendak tunjuk angkuh dan lagaknya. Sudah lupa dia menyembah-nyembah perwakilan-perwakilan Pemuda Bandar Tun Abdul Razak meminta pencalunan.

Sekejap lagi, semua orang yang dia jumpa dia akan tanya, “Kau kenal aku siapa? Aku layak bertanding Ketua Pemuda UMNO. Kalau menang aku jadi Menteri!”

Ini bukan ajak debat tetapi mahu memalukan dan mengaibkan orang. Di Amerika, orang mengamal demokrasi secara debat bukan cara macam kanak-kanak belum baligh cabar mencabar main gasing dan ejek mengejek.

Baru saja sebut pasal debat, dia sudah guna Ketua Pemuda Tanjung Malim, Muhammad Yadzan Mohamad untuk melakarkan Mukhriz sebagai pengecut. Tukang sporak dari kroni-kroni Khairy termasuk pebayar bilnya, Ketua Pemuda Perlis Rozabil Abdul Rahman, Ketua Pemuda Pahang Khairuddin Yaakob, Timbalan Menteri Dalam Negeri Senator Wan Farid, Naib Ketua Pemuda Putrajaya Mohd Hishamuddin Yahaya dan lain-lain. Agendadaily yang jadi pemberita pula tidak perlu jadi batu api.

Kalau Mukhriz pengecut, kenapa Khairy beriya-iya hendak ‘tanam’ Mukhriz di dalam Mesyuarat menggunakan kuncu-kuncu setiap kali Mukhriz “tersalah cakap”? Hanya orang Pengecut yang suka cari sebab dan tidak berani berdepan dengan kenyataan.

Kalau Mukhriz pengecut, kenapa dia berani kata ucapan Perdana Menteri tidak ada isi baru dan berani sekali boleh tuntut Perdana Menteri supaya berundur? Jangan cerita sekarang mengenai Muhyiddin yang mulakan langkah untuk tuntut Abdullah Badawi berundur. Mukhriz buat sendiri tanpa perlu atur dan pakat dengan sesiapa.

Janganlah nak panggil orang pengecut! Bertaktik dan berhati-hati itu bukan pengecut.

Mukhriz tidak takut kalah dan tidak kasi wang. Mukhriz tidak takut tak dapat jadi Menteri kalau dipilih ketua Pemuda UMNO. Hendakkah Khairy tolak tawaran jadi Menteri kalau menang Ketua Pemuda?

Orang Melayu sentiasa bersopan dan berbudi pekerti, tetapi bukan bermakna pengecut. Kalau hanya hebat berdegar-degar dan cabar-mencabar, itu bukan berani tetapi tiada adab, dan kadang kala biadap.

Macam begitukah nak jadi pemimpin orang Melayu? Perlu kurang ajar?

Kematangan

Kalau dilihat alasan Mukhriz tidak mahu berdebat, ada kematangannya. Malah bukan dia seorang yang kata demikian – Tok Pa, Syed Ali, dan banyak lain percaya perkara yang sama. Politik UMNO belum matang untuk menilai isi kandung debat.

Lihat debat antara Anwar dan Shaberry. Masing-masing mengaku menang tetapi sebenarnya dua-dua hopeless. Anwar dengan fakta cetek dan fakta yang asas ekonomi salah, manakala Shaberry dengan kritikan peribadi.

Akhirnya siapa yang orang kata akan menang? Pemidato yang hebat menang tapi apa yang dikata tak boleh pakai. Ini hanya akan mengulang sejarah memilih pemimpin semacam Anwar Ibrahim yang Khairy patut tanam di Permatang Pauh baru-baru ini.

Cewah … konon Khairy kata tidak akan berpecah dan bercakar-cakar. Siang-siang kita mengaku cakap, Khairy memang pemidato yang lebih hebat dari Mukhriz. Nah 10 sen kasi hadiah. Persoalannya, adakah kepimpinan akan diberi kepada pemidato yang lebih baik?

Usah Khairy kata perwakilan sudah matang. Selagi duit, penipuan mesyuarat dan ugutan masih boleh mendapatkan percalunan, apa matangnya?

Dikala UMNO perlu pemimpin yang boleh membawa transformasi, adakah kita hanya pemimpin berkarisma yang hanya hebat berdebat seperti Anwar Ibrahim? Atau pemimpin transaksi yang lebih kepada politik wang? Atau pemimpin halsca yang hanya pandai memfitnah dan menggunakan teknik Niccolo Machiavelli dalam “divide and rule”.

Selama Khairy menyandang Naib Pemuda, apa matangnya Khairy dalam berdemokrasi menahan Mukhriz dan memaksa dirinya dijemput merata membuka Mesyuarat Pemuda Bahagian?

Apa matangnya Khairy bila Mukhriz ditahan dan diblok dari melakukan apa-apa inisiatif? Apabila Aceh tsunami, dia pula nak ambilalih kerja-kerja di Aceh untuk publisiti? Tapi dihanya berada di Aceh selama dua jam untuk ambil gambar!

Debat tajuk apa?

Kalau debat mengenai tajuk “politik wang”, Mukhriz patut terlibat. Biarkan soalan dari bawah dan talipon dari orang ramai tanpa ditahan-tahan.

Sedap hendak dengar soalan dari kontraktor-kontraktor yang masuk tender dengan BLT Sdn Bhd dan menjadi mangsa putarbelit dan panggilan Khairy kepada CEO BLT . Soalan jurublog hanya berkenaan Merger ECM Libra dan Avenue Asset dan 13 muka panjangnya.

Sebelum itu, ketiga-tiga mesti tandatangan “Letter of Indemnity” supaya jangan saman siapa-siapa!

Pasti Dr Khir hendak tajuk “Salahguna media”. Dengar-dengar ada dua jilid panjang isu-isu Karam Singh Walia si pariah dan TV3 menjatuhkan imej Barisan Nasional di Selangor hingga dikuasai oleh Pakatan rakyat.

Yang hairannya kenapa Khairy hendak debat sekarang.

Sebelum Raya, temuramah Utusan pun Khairy takut. Utusan Malaysia mahu tanyakan soalan-soalan yang sama dan diterbit pada masa yang sama dengan Khairy, Dr Khir dan Mukhriz. Khairy tak suka dan editor pun takut datang arahan dari Putrajaya dipecat.

Khairy kaki lari dari debat

Tahun ini bila sudah terdesak baru Khairy hendak debat. Buat apa duduk ditangah? Dari segi psikologi, dia kelihatan di hempit Tony Pua dan Nik Nazmi

Pada Jun 16 2002, Khairy sepatutnya mewakili Pemuda UMNO dan sudah diumum akan berdebat menentang Adlan Benan Omar dari Parti Keadilan Nasional dan Dr Dzulkifly Ahmad di atas tajuk ‘Cabaran ekonomi Malaysia Selepas September 11″. Tidak tahu kenapa dia suruh Affendi Zahari.

Mungkin dia kenal betapa hebat Adlan yang sama-sama menulis di dalam majallah Ethos yang diterajui Khairy. Dan kemungkinan dia seram hendak hadapi Adlan yang merupakan Juara Debat di Britain mewakili Cambridge Univeristy dan seorang graduan yang cekap dengan fakta sejarah dan undang-undang. Takut Oxford malu kalah dengan Cambridge.

Sebelum itu, Khairy dijemput sebagai ahli panel dalam Majlis anjuran The Johns Hopkins Paul H. Nitze School of Advanced International Studies (SAIS) pada Nov 8hb, 2001 bertajuk “Post-Crisis Malaysia: The Political and Economic Aftermath” di University John Hopkins, Washington.

Bersama-sama dengan Khairy dalam sesi tersebut adalah Ti Lian Ker(MCA), Dr. Syed Azman Syed Ahmad (PAS), Adlan Benan Omar (PKN), dan Lim Guan Eng (DAP). Itu kali pertama, Khairy lari takut berdebat dengan Adlan Benan Omar. Tidak percaya tanya pada ahli-ahli panel lain, selain dari Adlan yang sudah meninggal dunia.

Selepas itu, tiga kali pemimpin PAS ajak berdebat dengan budak yang hanya dikenali sebagai genius yang belajar di Oxford tetapi tidak pernah ada kerjaya bekerja dimana-mana melainkan lompat sana sini. Itu mungkin kriteria hendak jadi pemimpin.

Kali pertama, Khairy menolak cabaran berdebat yang keluar di SIASAH pada bulan pertengahan Disember 2005. Husam Musa ajak Khairy berdebat mengenai mempertahankan Ketuanan Melayu di bumi bertuah ini. Tak jadi. Mungkin topik dia tidak mahir atau dia tidak percaya pada Ketuanan melayu.

Kali kedua, Harakahdaily melaporkan pada Ogos 8hb, 2008 di mana Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) ajak berdebat mengenai tajuk ‘Malaysia sebuah Negara Islam’. Bukan susahkan, gunalah Perlembagaan. Tidak pula dia terima. Mungkin tajuk tak sedap pasal dia suka negara liberal yang boleh minum arak, melawat kelab malam dan bergaul bebas dengan wanita lain walaupun dia sudah berkahwin.

Kali ketiga yang jurublog tahu dan dilaporkan Harakahdaily pada September 6hb, 2007, Khairy dicabar oleh Ustaz Nasruddin Tantawi juga. Khairy diajak berdebat dalam isu kemerdekaan negara dalam erti kata sebenar. Tidak juga dia mahu. Hahaha … mungkin dia sebenarnya tidak mahu merdeka tetapi mahu kita dijajah Singapura dan Amerika.

Penakut

Jelas Khairy penakut dan hanya berdebat dengan orang yang tidak pandai debat.

Tujuan dia hanya untuk mengaburi perwakilan Pemuda UMNO yang kurang cekap menilai kepimpinan dan mudah dikaburi dengan hanya kecekapan berpidato. Budak Pemuda ini banyak pejenis bongok yang boleh asyik dengan kehandalan berdebat, bukan pengisian debat, dan kehandalan debat menjadi pengukur kepimpinan.

Orang yang dia hendak diajak debat adalah Mukhriz. Malah, Dr Mahathir akui Mukhriz akan kalah dalam berdebat. Seperti bapanya, dia bukan pemidato dan lebih berfikir secara teratur dan berhati-hati semacam pemimpin transformasi. Tun Abdul Razak pun bukan seorang yang hebat berpidato dan berdebat tetapi hebat merancang dan bekerja.

Kalau dilayan Khairy dengan propaganda dan psywar, jahanam alif ba dan ta. Kalau tidak mahu bercakar-cakar, tak payah berdebat. Buat rancangan di TV dan ketiga-tiga dijemput untuk berdialog. Tenteram dan aman.

Ini bukan pasal hebat debat, tapi pasal bijak, matang, dan PERJUANGAN.

– anotherbrickinwall.blogspot.com / sabahdaily

Posted on 29 Oktober 2008, in Analisis Isu, Berita, BN, Isu Semasa, khairy Jamaluddin, Pemilihan UMNO, Politik, Semasa, Siasah, UMNO. Bookmark the permalink. 1 Komen.

Tinggalkan komen